Ibnu Hasyim: Dia Memancing Di Tasik Beku - Pancing ... - Memancing di Putrajaya
Ibnu Hasyim: Dia <b><b>Memancing Di</b></b> Tasik Beku - Pancing <b>...</b> - Memancing di Putrajaya |
- Ibnu Hasyim: Dia <b><b>Memancing Di</b></b> Tasik Beku - Pancing <b>...</b>
- Sirkit Pancing <b>Putrajaya</b> 3/2014 - P2U Angler 01 - Blogger
- Ibnu Hasyim: Dia <b><b>Memancing Di</b></b> Tasik Beku - Pancing <b>...</b>
Ibnu Hasyim: Dia <b><b>Memancing Di</b></b> Tasik Beku - Pancing <b>...</b> Posted: 25 May 2014 12:00 AM PDT Checklist Barang Untuk Pertandingan: Pancing 3 Batang - Siap! Pancang "Y" - Siap! Tikar / Kerusi - Siap! Tangguk - Siap! Beg Pancing (Mata kail / Perambut / Ladung) - Siap! Umpan Dedak 286 - Siap! Minyak Cacing - Siap! Resit Rasmi Pertandingan - Siap!
Apabila semua barang-barang telah siap barulah kami P2U Angler boleh berehat dan tidur untuk menghadapi pertandingan memancing esok di Putrajaya. Hasil "Google" dan carian di internet berkenaan teknik dan umpan yang sesuai digunakan di Tasik Putrajaya telah habis kami mentelaah sejak seminggu yang lalu. Pelbagai sumber dan info telah kami dapatkan dan berharap agar di hari pertandingan berjalan dengan lancar. Namun bak kata pepatah "Lain Padang, Lain Belalang" perlu diambil ikhtibar, maksudnya kami harus menjalani praktikal dan ujian baru kita akan tahu kelebihan dan kelemahan sesuatu padang pancing tersebut.
Seawal jam 4:30 pagi lagi Admin telah bangun dan bersiap sedia untuk ke Sirkit Pancing Putrajaya 2/2014. Bertolak dari Sentul dengan menaiki R3 dan ditemani adik kemudian singgah sebentar di MCD, Sg Besi untuk bersarapan dan ketika itu keadaan cuaca masih gelap dan sejuk. Terasa sangat segar dan santai ketika memandu di jalan raya memandangkan tiada tekanan kesesakan jalan di hari cuti. Setelah selesai bersarapan, kami meneruskan perjalanan ke Putrajaya dan tiba pada pukul 7:00 pagi.
Pengunjung dan peserta telah ramai berada di Putrajaya seawal jam 7:00 pagi, kenderaan telah penuh dan memakir di bahagian jalan memanjang dari kompleks mahkamah hingga ke hujung jambatan Gemilang, Persint 4. Nasib Admin memang baik ekoran ada kereta yang ingin beredar betul-betul di hadapan kaunter pendaftaran. Kemudian Admin terus ke dalam kaunter untuk mendaftar. Mana P2U Angler yang lain?, masing-masing belum sampai.
Kemudian seorang demi seorang P2U Angler tiba di lokasi bermula dengan Ringo, Wak Lizam dan Hairul. Si Lebai lewat pula ekoran tertinggal resit rasmi pertandingan di pejabat, aduhai orang tua ini. Kami terpaksa masuk dahulu untuk mencari spot yang menarik memandangkan sudah pukul 8:00 pagi dan pertandingan sebenarnya telah bermula.
Jauh juga perjalanan kami sehingga hampir 1 kilometer berjalan kaki untuk mencari "Spot" yang menarik untuk melabuhkan joran namun kesemuanya hampa dipenuhi kaki pancing yang datang awal. Ada diantara mereka yang telah berkhemah sehari awal sebelum hari pertandingan kerana pihak penganjur membenarkan peserta memasang khemah selepas 5:00 petang 24.05.2014 dan pertandingan pada keesokkan harinya 25.05.2014.
Serius dan tidak bohong, kalau anda masuk pertandingan jangan sesekali lewat kerana jika terlewat maka tempat yang terbaik pasti akan dipenuhi, samalah dengan nasib kami yang lewat ini. Bukan main susah hendak mendapatkan tempat sehingga kami dihalau oleh seorang "Brader" yang merasakan dirinya "Otai". Pada pandangan kami tidak wajarlah suka-suka hendak halau orang, cukup sekadar cakap dengan baik. "Awak Bukan Anak Najib Pun..."
Berkat dihalau oleh "Brader Poyo" tadi akhirnya kami telah berjaya mendapatkan "Spot" yang lebih baik dibawah pokok-pokok yang rimbun dan redup. Admin pun mula membentang tikar yang baru dibeli di kedai pancing semalam, dan kami membuat persediaan membancuh umpan dan "Setting" joran kami. Harap-harap menjadilah umpan ini, kemudian kami memacakkan pancang di tepi tiang besi sebelum melabuhkan umpan dedak dan sawit peram yang di gumpal-gumpal menjadi bulat. Balingan pertama dilakukan dengan lafaz Bismillah...
Kami ada memeriksa khemah pengadil dan disana disediakan 2 buah tangki untuk menyimpan ikan-ikan yang berjaya dinaikkan peserta, terdapat beberapa spesies yang telah berjaya dibawa naik seperti Temoleh, Tenggalan, Toman, dan Baung. Kesemua saiz dan berat beranggaran bawah 2 kilo, nampaknya tasik ini tiada spesimen yang bersaiz gadang. Dari pagi membawa ke tengah hari namun P2U Angler masih belum menerima sebarang sambaran.
Jam Menunjukkan tepat pukul 12:30 tengah hari, akhirnya wisel penamat ditiupkan dan kami gagal membawa naik sebarang hasil untuk dipersembahkan kepada pengadil, umpan power yang dicipta tidak mendapat sambutan oleh penghuni dasaran disana. Apa yang kami pelajari kali ini adalah mungkin spesies liar lebih gemar umpan semulajadi seperti cacing, katak, anak ikan keli dan tidak biasa dengan umpan dedak yang dicampur bahan-bahan pewarna. Apa pun kami tetap gembira kerana dapat bersama-sama sebagai satu pasukan berhimpun dan menyertai pertandingan ini dan yang pasti pertandingan. In Sha Allah, Sirkit 3 akan kami cuba!. Sekian terima kasih diucapkan kepada pembaca blog Pancing2u kerana sudi meluangkan masa membaca cerita kami. -Assalamualaikum wbt | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sirkit Pancing <b>Putrajaya</b> 3/2014 - P2U Angler 01 - Blogger Posted: 29 Sep 2014 02:54 AM PDT Checklist Barang Untuk Pertandingan: Pancing 2 Batang - Siap! Pancang "Y" - Siap! Tikar / Kerusi - Siap! Tangguk - Siap! Beg Pancing (Mata kail / Perambut / Ladung) - Siap! Umpan Roti Dan Cengkerik - Siap! Bekalan Air - Siap!
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pembaca Pancing2u sekalian, kali ini P2U Angler ingin mengemaskini aktiviti memancing kami di Sirkit Pancing Putrajaya 3/2014 yang mana ia merupakan siri ke 3 dari 4 siri yang dipertandingkan pada tahun 2014. Sehari sebelum hari pertandingan kami telah membuat persediaan kelengkapan pancing dan umpan, cuma kali ini umpan yang digunakan hanyalah Cengkerik dan Roti perisa cacing tanah sahaja memandangkan Si Lebai gagal mendapatkan stok Buah Sawit untuk di peram.
Seawal jam 6 pagi Admin keluar dari rumah dan bergerak melalui Lebuhraya MAX untuk mempercepatkan perjalanan dari Sentul ke Putrajaya. Setibanya di lokasi, Hairul sudah berada disana bersama anak beliau, dari jauh kelihatan Lebai menaiki motorsikal bersama batang rod terpacak di belakangnya. Alhamdulilah semuanya selamat sampai dan hadir ke lokasi.
Kami pun terus ke kaunter pendaftaran untuk mengesahkan resit pertandingan. Pihak penganjur juga bermurah hati kerana menyediakan "Goodies" berupa T-Shirt kejohanan kepada 1000 peserta yang membuat pendaftaran awal. Sebenarnya P2U Angler menghantar lebih kurang 6 wakil ke pertandingan ini namun lagi 3 orang iaitu Jo, Ringgo dan Wak Lizam tidak dapat hadir kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Tinggallah Admin, Lebai Dan Hairul bertiga sahaja beraksi pada kali ini. Ayuh Bergerak!!!...
Selesai mendaftar, kami menyusur sepanjang laluan pejalan kaki di pesisir tasik tersebut dan mendapati terdapat ribuan pemancing tegar yang seawal jam 6 pagi "Booking" tempat dan spot yang baik. Mereka telah mendirikan khemah dan bermalam di sana demi untuk tidak melepaskan peluang memancing. Maka terpaksalah kami bertiga berjalan jauh sedikit ke bahagian belakang untuk mencari tempat melabuhkan umpan.
Memang hampa kerana hampir sepanjang pesisir tasik dipenuhi pemancing jika hendak berjalan sejauh mana pun pasti akan dipenuhi pemancing lain oleh yang demikian apa boleh buat nampaknya terpaksalah kami menyelit diantara mereka, Dengan berbekalkan muka "Selamba" kami meletakkan barang kelengkapan dan bersiap untuk memasang pancing dan perambut. Suasana pagi tersebut memang nyaman kerana udara segar dan nyaman.
Akhir kata dari kami P2U Angler, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog Pancing2u ini, sokongan anda adalah sangat diperlukan untuk memantapkan lagi industri serta dunia hanyir ini. Sekiranya terdapat bahan cerita atau komen jangan lupa untuk kirimkan kepada Admin untuk dipamerkan di blog Pancing2u. -Assalamualaikum | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ibnu Hasyim: Dia <b><b>Memancing Di</b></b> Tasik Beku - Pancing <b>...</b> Posted: 04 Feb 2014 12:00 AM PST SEORANG lelaki memancing di dalam lubang sebuah tasik beku di pinggir bandar raya Bucharest kelmarin. Ungkap Rahsia Yang Maha Agung BUCHAREST - Cuaca sejuk tidak menghalang seorang lelaki untuk memancing di sebuah tasik beku di pinggir ibu kota Romania, dekat sini. Lelaki itu membuat sebuah lubang menembusi lapisan ais yang melitupi permukaan tasik berkenaan sebelum mencampakkan umpan menggunakan jorannya. Dia memancing ketika salji musim sejuk melanda selatan Romania kelmarin. - Reuters Komen Weblog Ibnu Hasyim: Allahu Akbar. Allah Maha Pencipta. Lihat sebelum ini.. |
You are subscribed to email updates from memancing di putrajaya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 comments