Ibnu Hasyim: Dia Memancing Di Tasik Beku - Pancing - Memancing di Putrajaya
Ibnu Hasyim: Dia <b>Memancing Di</b> Tasik Beku - Pancing - Memancing di Putrajaya |
- Ibnu Hasyim: Dia <b>Memancing Di</b> Tasik Beku - Pancing
- Ibnu Hasyim: Dia <b>Memancing Di</b> Tasik Beku - Pancing
- Taman Rekreasi Air Wetland, <b>Putrajaya</b> - Super Young Lady
- Lokasi <b>Memancing di</b> Taman Wetland <b>Putrajaya</b> - Diari Akuakultur Z <b>...</b>
Ibnu Hasyim: Dia <b>Memancing Di</b> Tasik Beku - Pancing Posted: 29 Sep 2014 12:00 AM PDT Checklist Barang Untuk Pertandingan: Pancing 3 Batang - Siap! Pancang "Y" - Siap! Tikar / Kerusi - Siap! Tangguk - Siap! Beg Pancing (Mata kail / Perambut / Ladung) - Siap! Umpan Dedak 286 - Siap! Minyak Cacing - Siap! Resit Rasmi Pertandingan - Siap!
Apabila semua barang-barang telah siap barulah kami P2U Angler boleh berehat dan tidur untuk menghadapi pertandingan memancing esok di Putrajaya. Hasil "Google" dan carian di internet berkenaan teknik dan umpan yang sesuai digunakan di Tasik Putrajaya telah habis kami mentelaah sejak seminggu yang lalu. Pelbagai sumber dan info telah kami dapatkan dan berharap agar di hari pertandingan berjalan dengan lancar. Namun bak kata pepatah "Lain Padang, Lain Belalang" perlu diambil ikhtibar, maksudnya kami harus menjalani praktikal dan ujian baru kita akan tahu kelebihan dan kelemahan sesuatu padang pancing tersebut.
Seawal jam 4:30 pagi lagi Admin telah bangun dan bersiap sedia untuk ke Sirkit Pancing Putrajaya 2/2014. Bertolak dari Sentul dengan menaiki R3 dan ditemani adik kemudian singgah sebentar di MCD, Sg Besi untuk bersarapan dan ketika itu keadaan cuaca masih gelap dan sejuk. Terasa sangat segar dan santai ketika memandu di jalan raya memandangkan tiada tekanan kesesakan jalan di hari cuti. Setelah selesai bersarapan, kami meneruskan perjalanan ke Putrajaya dan tiba pada pukul 7:00 pagi.
Pengunjung dan peserta telah ramai berada di Putrajaya seawal jam 7:00 pagi, kenderaan telah penuh dan memakir di bahagian jalan memanjang dari kompleks mahkamah hingga ke hujung jambatan Gemilang, Persint 4. Nasib Admin memang baik ekoran ada kereta yang ingin beredar betul-betul di hadapan kaunter pendaftaran. Kemudian Admin terus ke dalam kaunter untuk mendaftar. Mana P2U Angler yang lain?, masing-masing belum sampai.
Kemudian seorang demi seorang P2U Angler tiba di lokasi bermula dengan Ringo, Wak Lizam dan Hairul. Si Lebai lewat pula ekoran tertinggal resit rasmi pertandingan di pejabat, aduhai orang tua ini. Kami terpaksa masuk dahulu untuk mencari spot yang menarik memandangkan sudah pukul 8:00 pagi dan pertandingan sebenarnya telah bermula.
Jauh juga perjalanan kami sehingga hampir 1 kilometer berjalan kaki untuk mencari "Spot" yang menarik untuk melabuhkan joran namun kesemuanya hampa dipenuhi kaki pancing yang datang awal. Ada diantara mereka yang telah berkhemah sehari awal sebelum hari pertandingan kerana pihak penganjur membenarkan peserta memasang khemah selepas 5:00 petang 24.05.2014 dan pertandingan pada keesokkan harinya 25.05.2014.
Serius dan tidak bohong, kalau anda masuk pertandingan jangan sesekali lewat kerana jika terlewat maka tempat yang terbaik pasti akan dipenuhi, samalah dengan nasib kami yang lewat ini. Bukan main susah hendak mendapatkan tempat sehingga kami dihalau oleh seorang "Brader" yang merasakan dirinya "Otai". Pada pandangan kami tidak wajarlah suka-suka hendak halau orang, cukup sekadar cakap dengan baik. "Awak Bukan Anak Najib Pun..."
Berkat dihalau oleh "Brader Poyo" tadi akhirnya kami telah berjaya mendapatkan "Spot" yang lebih baik dibawah pokok-pokok yang rimbun dan redup. Admin pun mula membentang tikar yang baru dibeli di kedai pancing semalam, dan kami membuat persediaan membancuh umpan dan "Setting" joran kami. Harap-harap menjadilah umpan ini, kemudian kami memacakkan pancang di tepi tiang besi sebelum melabuhkan umpan dedak dan sawit peram yang di gumpal-gumpal menjadi bulat. Balingan pertama dilakukan dengan lafaz Bismillah...
Kami ada memeriksa khemah pengadil dan disana disediakan 2 buah tangki untuk menyimpan ikan-ikan yang berjaya dinaikkan peserta, terdapat beberapa spesies yang telah berjaya dibawa naik seperti Temoleh, Tenggalan, Toman, dan Baung. Kesemua saiz dan berat beranggaran bawah 2 kilo, nampaknya tasik ini tiada spesimen yang bersaiz gadang. Dari pagi membawa ke tengah hari namun P2U Angler masih belum menerima sebarang sambaran.
Jam Menunjukkan tepat pukul 12:30 tengah hari, akhirnya wisel penamat ditiupkan dan kami gagal membawa naik sebarang hasil untuk dipersembahkan kepada pengadil, umpan power yang dicipta tidak mendapat sambutan oleh penghuni dasaran disana. Apa yang kami pelajari kali ini adalah mungkin spesies liar lebih gemar umpan semulajadi seperti cacing, katak, anak ikan keli dan tidak biasa dengan umpan dedak yang dicampur bahan-bahan pewarna. Apa pun kami tetap gembira kerana dapat bersama-sama sebagai satu pasukan berhimpun dan menyertai pertandingan ini dan yang pasti pertandingan. In Sha Allah, Sirkit 3 akan kami cuba!. Sekian terima kasih diucapkan kepada pembaca blog Pancing2u kerana sudi meluangkan masa membaca cerita kami. -Assalamualaikum wbt | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Ibnu Hasyim: Dia <b>Memancing Di</b> Tasik Beku - Pancing Posted: 04 Feb 2014 12:00 AM PST Ungkap Rahsia Yang Maha Agung BUCHAREST - Cuaca sejuk tidak menghalang seorang lelaki untuk memancing di sebuah tasik beku di pinggir ibu kota Romania, dekat sini. Lelaki itu membuat sebuah lubang menembusi lapisan ais yang melitupi permukaan tasik berkenaan sebelum mencampakkan umpan menggunakan jorannya. Dia memancing ketika salji musim sejuk melanda selatan Romania kelmarin. - Reuters Komen Weblog Ibnu Hasyim: Allahu Akbar. Allah Maha Pencipta. Lihat sebelum ini.. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Taman Rekreasi Air Wetland, <b>Putrajaya</b> - Super Young Lady Posted: 15 Oct 2013 07:52 PM PDT Hari tu selepas saya update kat fan page facebook Kelab Pemancing Wanita tentang pemancingan saya di wetland putrajaya, sangat ramai yang pembaca yang komen terkejut benarkah boleh memancing di putrajaya ? huhu.. mesti la boleh.. actually wetland yang uols selalu pergi tu ialah Taman Wetland Putrajaya dan memang tak boleh memancing disitu. Tempat yang saya memancing ni memang halal (ahahahaha) untuk memancing uols.. nama tempat ni Pusat Rekreasi Air Wetland, Putrajaya. If uols daripada bulatan utama putrajaya tu, uols mesti jumpa pusat rekriasi ni dulu belah kiri uols baru jumpa taman wetland yang penuh dengan pokok tu jika uols drive terus je lagi.. jap saya tepek kan map kat sini.. amboi.. baiknye la saya kan kan kan..ahahahaha...
p/s : tapi kaunter tu selalu takde orang jaga tau..so pak guard kat situ selalu kata mancing je la sbb takde orang jaga...so kira-kira boleh free la ni..huhuhu..syhhhh..kita-kita je tau tau ni..ahahahaha... okeh itu je la maklumat tempat ni.. kalo uols nak tau lebih bukak portal putraja ni..klik link ni PORTAL RASMI PERBADANAN PUTRAJAYAJom Memancing !!! saya ke sana untuk memancing 2 hari berturut-turut.. sebab dah syiok sgt memancing situ..huhu.. dulu saya pernah try jugak mancing sini tapi macam hampeh je..takde hasil tapi lepas pergi hari tu berbekalkan umpan terbaikkkkkk (huhuhu baru belajar ni tau) alhamdulillah ikan semua suka.. sebab ikan suka saya lagi la suka..tu yang tak kisah balik dah berbelang2 da badan muka semua..huhu..mancing darat ni lebih panas wooo..
Hari esoknya, ahahaha.. tak sangup nak cakap..sebab masih terbayang-bayang lampam semalam, saya dan achik buat keputusan nak mancing lagi kat situ bersama cik izs pulak.. kali ni kami bertiga je.. sebab saya takde stok umpan, saya ke Juara Tackel kat Alam Megah tu dulu beli barang dan umpan..huhu..sempat juga la belajar bancuh umpan..ye la selama ni mancing laut mane ada bancuh membancuh ni..cucuk udang ke umpun ke sotong ke..tu je kan.. huhu.. memang superb terbaik umpan ni.... nak tau boleh baca entry saya pasal umpan asas tasik ni..klik link ni XXXXX bukan apa kang semua tulis pepanjang sini uols bosan pulak...ahaha..
P/S :saya memang bukan pakar mancing air tawar ni..tapi sebenarnya sebelum ni banya juga la port kolam memancing ni saya pernah try tapi tak pernah share sini.. but sekarang saya cuba share sebaik mungkin pengalaman memancing saya yang tak seberapa ni kat sini ye.. dulu antara kolam mancing air tawar yang saya pernah terjah tapi membangau (sebab tak pandai la) saya pernah try kat Kolam Sek. 24 Shah Alam, Kolam tepi Tasik Biru Kuang, Kolam kat Serendah, Kolam Putra Height dan ada beberapa lagi tapi tak ingat nama dia la..huhu.. sekarang bila dah tau cara-caranya lagi la da menghantu nak mancing walaupun air tawar ni..ehehehe.. | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
Lokasi <b>Memancing di</b> Taman Wetland <b>Putrajaya</b> - Diari Akuakultur Z <b>...</b> Posted: 29 May 2011 11:06 AM PDT Salam... Pada minggu yang lalu, aku ada senaraikan lokasi memancing di Taman Wetland Putrajaya, dan kali ini aku akan senaraikan pula ikan-ikan yang pernah ditangkap dan melekat di mata kail si pengail.
|
You are subscribed to email updates from memancing di putrajaya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 comments