<b><b>Memancing di</b></b></b></b></b> - Pancing Johor - Blogger - Memancing di Putrajaya


<b><b>Memancing di</b></b></b></b></b> - Pancing Johor - Blogger

Posted: 21 Jun 2014 01:28 PM PDT



Mersing merupakan syurga bagi pemancing tetapi ramai dikalangan pemancing tercari-cari tempat terbaik untuk memancing dikawasan sungai yang diketahui banyak terdapat spesis ikan untuk dikail. Salah satu tempat yang menjadi tumpuan warga tempatan atau anak-anak muda sekitar Mersing merealisasikan hobi memancing ialah di Sungai Mawar,dimana menjadi port saya sejak tahun 80'an lagi.


Sungai Mawar terletak di mukim Tanjung Resang iaitu jalan menuju ke Penyabong, dengan melalui jalan ke Endau dan memasuki simpang ke Tanjung Resang iaitu di Batu 7 atau jalan internatif lain iaitu memasuki simpang Air Papan kemudian memasuki persimpangan ke Penyabong akan menemukan jalan ke destinasi iaitu Sungai Mawar.

Kebanyakan Jambatan telah dikuatkuasa agar tidak dibenarkan memancing ada juga jambatan yg masih boleh dijadikan port memancing seperti di Jambatan Sg.Mawar tetapi kerap pemancing memancing di waktu malam kerana kurangnya kenderaan melaluinya atau elak dari pancaran matahari disiang hari. Ianya popular sejak dari jambatan kayu lagi ,sekarang jambatan Sg.Mawar telah dinaik taraf menjadi jambatan batu (dibina sekitar awal tahun 2000)

SIAKAP DIBURU
Awal memancing di jambatan Sg.Mawar (jambatan Kayu) tidak
ada banyak bezanya dengan memancing di pantai kerana kedudukanya yang tinggi sedikit dari aras air laut. Tetapi kini memancing di Jambatan batu Sg.Mawar benar-benar mencabar dan mengasyikkan,dimana dapat buat lontaran jauh yg dihajati serta mencabar terhadap kehadiran spesis Siakap yang banyak di tiang-tiang kayu jambatan lama. Bagi yang meminati memburu spesis Siakap pasti teruja apabila melihat dan mendengar bunyi sambaran Siakap mengejar anak-anak ikan.

Lihatlah jadual pasang surut air laut dulu sebelum pergi keSg.Mawar, saya sering melihat jadual untuk mengisyaratkan diri sendiri mengenai masa pertukaran arus yang bakal berlaku kerana ia masa terbaik melontarkan umpan kerana ketika ini lah ikan mula aktif.
Kebiasaanya warga tempatan memancing Siakap diwaktu malam sewaktu air Bani atau air gerak perlahan dengan menggunakan pelampong dan tiub'GLOW STICK' atau tiub utk pencahayaan malam (diletakkan dipelampong serta hujung joran) agar dapat melihat pegerakan keduanya didalam keadaan gelap gelita.Umpan terbaik yang digunakan untuk Siakap ialah Udang hidup,dahulu mungkin sukar pemancing luar untuk peroleh umpan udang hidup tetapi kini ada tempat untuk dapatkan umpan udang hidup iaitu di
Kg.Pangkalan Batu (0.60 sen seekor)iaitu sekitar dibandar
Mersing.
Ada juga pemancing menggunakan Gewang disiang hari melontar dipersekitaran cerucuk tiang jambatan lama.Gewang yang paling kerap digunakan pemancing tempatan dikawasan tersebut adalah gewang berwarna merah bahagian kepala dan putih dibahagian belakangnya.juga gewang bercorak dan warna garang turut menjadi pilihan kerana peranan warna terang boleh menarik perhatian Siakap
Ada juga mengetahui bukan air mati saja kita boleh memancing tetapi ketika air besar pun kadang-kadang hasil pancingan Siakap juga adalah lebih baik iaitu dengan menggunakan bot fiber.

MANCING ATAS JAMBATAN BATU
 Apabila kita memancing dari kedudukan tinggi, jarak lontaran bukan ukuran sebenar. Di kawasan jambatan ikan lebih banyak meronda di kawasan tiang jambatan dan jarang berada di kawasan terbuka. Ini termasuk ikan seliding,ikan kekek dan tamban yang turut menjadikan tiang jambatan Sg.Mawar sebagai tempat berlindung.Tetapi harus diingat, di kawasan tiang jambatan adalah tempat yang banyaknya teritip iaitu kawasan sememangnya banyak ikan,Dengan hanya  hulurkan pancing ke bawah jambatan di mana potensi sentapan adalah tinggi.
 Kedudukan jambatan Sg.Mawar adalah tinggi, rakan pemancing perlulah menggunakan kekili dan joran yang kuat untuk mengangkat ikan keluar dari air,  gunakan kekili yang ada kekuatan untuk mengkarau tali ketika beban tergantung di bawah jambatan tetapi jika kekili tidak mampu mengkarau, naikkan tali ke atas dengan teknik manual, tarik dengan tangan.
Gunakan joran aksi menegah atau sederhana berat bagi membantu pemancing menaikkan ikan ke atas. Panjang joran antara 6 kaki hingga 8 kaki. Joran terlalu pendek ( 5.5 kaki ke bawah) kurang sesuai kerana pemancing akan menghadapi sedikit masalah untuk mengangkat ikan ke atas. Tali utama pula elok guna 30 paun ke atas dengan perambut 40 paun. Perambut terlalu kecil saiznya memudahkan ikan terlepas ketika ia menggelupur semasa dinaikkan ke atas.
Lontaran di luar kawasan tiang jambatan Sg.Mawar  dan jauh dari tempat menyangkut (reba atau tiang lama) tali sulam boleh di gunakan. Pemancing juga dinasihatkan agar menyediakan set pancing ringan untuk memancing anak ikan sebagai umpan seperti ikan bebolos dan anak kekek yang terdapat banyak disekitarnya.
Rakan pemancing boleh membuat perambut apollo sendiri juga merupakan salah satu teknik pancingan,pancingan apollo untuk pancingan dasar. Cara teknik ikatan ini dgn menggunakan dua utas tangsi iaitu satu perambut utama dan satu perambut anak sama ada sama atau berlainan saiz dipintal bersama. Perambut utama mestilah lebih panjang dari perambut anak.
Gunakan mata apollo bersaiz nombor 5 atau nombor 6 bertujuan memikat anak ikan,selepas mendapatnya boleh lah cangkut pada mata kail semasa ia masih hidup lagi. Satu lagi tips ikan biasanya lebih cenderung menerkam makanan yang berada di kawasan rangkaian makanannya seperti ikan kakap merah yang sering diperoleh di tiang jambatan Sg.Mawar.


PEROLEH IKAN BESAR

Memperoleh ikan besar seperti pari adalah tidak mustahil kerana Jambatan Sg.Mawar kedudukannya merupakan kuala sungai dimana keluar masuknya ikan-ikan dari laut. Seandai ikan Pari telah tersangkut dimata kail,usah bermain dengannya kerana pari sifatnya gemar melekap dipasir,biarlah pari menjadi lemah. Harus diingat ,usah mengangkat ikan pari yang telah lemah dari atas jambatan kerana kudrat kita tidak mampu, jika pun larat mustahil pari berjaya dinaikkan iaitu kerana bebanannya menyebabkan 'terlucut' atau mulut pari akan 'rabik'.Jadi langkah terbaik,iaitu bawalah pari ke arah tebing (tunda perlahan-lahan dari atas jambatan) agar tidak berputih mata orang cakap.

Sebenarnya di Kuala Sg.Mawar terdapat pelbagai spesis ikan baik yang sekecil-kecil ikan seperti Bebolos, gelama kunyit,kekek,duri,belukang,belanak dll ,yang sedang-sedang seperti Unga tanda,Gerut, gelama papan (sebesar tapak tangan org dewasa)sembilang, senangin, kekacang,tuka dll. Juga spesis ikan yang banggak-banggak seperti yg popular iaitu Siakap putih (rekod 10kg),Pari, kakap merah,Mayong,Gemang ,talang, kerapu mata hijau dan yang paling mengejutkan iaitu ibu kerisi dan GT (jemuduk) dimana saya pernah mendaratkannya di Tanjung Sg.Mawar sekitar tahun 90'an hanya gunakan teknik pancingan pantai sahaja.Jangan terperanjat kalau saya katakan spesis ikan Sg.Mawar adalah internasional,"macam-macam ada", Begitulah seadanya.....
Diharap dengan info yang telah saya berikan dapatlah berkongsi dengan rakan-rakan pemancing yang masih tercari-cari lokasi memancing terutama di daerah sekitar Mersing atau berhajat mencuba tempat baru. Seperti peribahasa "dimana ada kemahuan,disitu ada jalan".
Selamat memancing dari: Halaman Pengail Zulkiffleeh

Sirkit Pancing <b>Putrajaya</b> 1/2014 | P.C.L - <b>Memancing di</b> - Memancing di Putrajaya


Sirkit Pancing <b>Putrajaya</b> 1/2014 | P.C.L - <b>Memancing di</b>

Posted: 11 Jun 2014 06:17 AM PDT

Salam ;

 ..makluman kepada yang berminat untuk memancing dan beraktiviti bersama keluarga di Sisiran Tasik Presint 1 dan Taman Wawasan, Putrajaya pada 02 Mac 2014 (Ahad) (7:30 pagi hingga 12:30 tengahari) sila merujuk kepada banner di bawah ;


#Percuma 1000 T-Shirt (500 untuk daftar online dan 500 untuk daftar kaunter) ; www.ppj.gov.my , www.putrajaya.gov.my

Sekian dimaklumkan... , Terima kasih.


Sirkit Pancing <b>Putrajaya</b> 1/2014 | P.C.L - Blogger

Posted: 08 Jun 2014 12:00 AM PDT

Hari ini genap seminggu saya tinggal di negeri Perlis. Banyak perkara yang kena belajar dan adjust. 

Pertama - cuaca hangat yang amat. Airkon 16 darjah 'full blast' pun tak rasa apa. Petang semalam ada hujan renyai sikit dan cuaca ada sejuk sikit.

Kedua- kena belajar untuk faham loghat orang sini.

Ketiga - mencari tempat yang sesuai untuk membeli barang keperluan rumah , servis kereta, gunting rambut dsb.

Berikut adalah beberapa keping gambar dengan sedikit cerita di bawahnya. Sesetengah gambar itu sudah tersiar dalam fesbuk saya.

Gambar 1: Nasi lemak ni berharga 30 sen sebungkus. Kata taukeh, harganya baru naik seminggu lalu dari 20 sen.



Gambar 2:  Rupanya Perlis ada gula sendiri.  Bertapis pulak tu ..


Gambar 3: Hari ke dua (Rabu) saya ke nat (pekan sehari) di Beseri. Banyak barang-barang yang eksotik yang tidak jumpa kat Seremban ada dijual di sini. Antaranya pekasam, kuih tepung bungkus dan pulut dakap.


Gambar 4: Ada sesiapa yang tak faham maksudnya ? Nombor telefon Pak Itam saya gelapkan sebahagiannya untuk mengelakan dia diserbu oleh pembeli.

Gambar 5: Hari Ahad, saya pergi memancing di Kuala Perlis dengan kawan yang berasal dari Perlis tapi duduk di Putrajaya yang pulang sekejap ke Perlis.




Gambar 6: Nampak tak budak yang naik motor tu sambil berdiri. Sebenarnya mereka memandang ke laut untuk memerhati belangkas dari atas motor. Cekap betul mata mereka mengalahkan burung helang ..

Gambar 7: Saya makan bihun sup dengan abc di restoran dalam setting yang asli dalam hutan nipah.


Gambar 8: Sudah seminggu saya tidak dapat memeluk cucu-cucu saya ...

Walaupun hati sayu bila terkenang dan terbayang  keletah dua orang cucu saya dan juga keadaan rumah dan tanaman yang ditinggalkan, namun perasaan itu semua menjadi kecil berbanding kegembiraan dapat kembali tinggal sebumbung dengan Makngahnya dan anak-anak yang masih bersekolah.

Pancing <b>Putrajaya</b> - Blogger

Posted: 11 Jun 2014 12:00 AM PDT

Checklist Barang Untuk Pertandingan:

Pancing 3 Batang - Siap!

Pancang "Y" - Siap!

Tikar / Kerusi - Siap!

Tangguk - Siap!

Beg Pancing (Mata kail / Perambut / Ladung) - Siap!

Umpan Dedak 286 - Siap!

Minyak Cacing - Siap!

Resit Rasmi Pertandingan - Siap!

Admin Yang Telah Bersiap Sedia...
Ringgo Kirim Gambar Persiapan Beliau...
Lebai Kirim Gambar "Umpan Sawit Peram" Beliau...

Apabila semua barang-barang telah siap barulah kami P2U Angler boleh berehat dan tidur untuk menghadapi pertandingan memancing esok di Putrajaya. Hasil "Google" dan carian di internet berkenaan teknik dan umpan yang sesuai digunakan di Tasik Putrajaya telah habis kami mentelaah sejak seminggu yang lalu. Pelbagai sumber dan info telah kami dapatkan dan berharap agar di hari pertandingan berjalan dengan lancar. Namun bak kata pepatah "Lain Padang, Lain Belalang" perlu diambil ikhtibar, maksudnya kami harus menjalani praktikal dan ujian baru kita akan tahu kelebihan dan kelemahan sesuatu padang pancing tersebut.

Layan "Big Breakfast MCD" Pun Sedap!...

Seawal jam 4:30 pagi lagi Admin telah bangun dan bersiap sedia untuk ke Sirkit Pancing Putrajaya 2/2014. Bertolak dari Sentul dengan menaiki R3 dan ditemani adik kemudian singgah sebentar di MCD, Sg Besi untuk bersarapan dan ketika itu keadaan cuaca masih gelap dan sejuk. Terasa sangat segar dan santai ketika memandu di jalan raya memandangkan tiada tekanan kesesakan jalan di hari cuti. Setelah selesai bersarapan, kami meneruskan perjalanan ke Putrajaya dan tiba pada pukul 7:00 pagi. 

Kaunter Pendaftaran Sirkit Pancing Putrajaya 2/2014...
Alhamdulilah, tiba giliran Admin Mendaftar - Yay! Dapat Baju T-Shirt...

Pengunjung dan peserta telah ramai berada di Putrajaya seawal jam 7:00 pagi, kenderaan telah penuh dan memakir di bahagian jalan memanjang dari kompleks mahkamah hingga ke hujung jambatan Gemilang, Persint 4. Nasib Admin memang baik ekoran ada kereta yang ingin beredar betul-betul di hadapan kaunter pendaftaran. Kemudian Admin terus ke dalam kaunter untuk mendaftar. Mana P2U Angler yang lain?, masing-masing belum sampai.

Admin Dan Ringgo Di Poster Sirkit...
Dari Kiri - Admin, Ringgo, Hairul dan Wak Lizam Yang Baru Join!...

Kemudian seorang demi seorang P2U Angler tiba di lokasi bermula dengan Ringo, Wak Lizam dan Hairul. Si Lebai lewat pula ekoran tertinggal resit rasmi pertandingan di pejabat, aduhai orang tua ini. Kami terpaksa masuk dahulu untuk mencari spot yang menarik memandangkan sudah pukul 8:00 pagi dan pertandingan sebenarnya telah bermula.

Mencari Spot-Spot Yang Masih Kosong Namun Hampa Sebab Semua Penuh!...

Jauh juga perjalanan kami sehingga hampir 1 kilometer berjalan kaki untuk mencari "Spot" yang menarik untuk melabuhkan joran namun kesemuanya hampa dipenuhi kaki pancing yang datang awal. Ada diantara mereka yang telah berkhemah sehari awal sebelum hari pertandingan kerana pihak penganjur membenarkan peserta memasang khemah selepas 5:00 petang 24.05.2014 dan pertandingan pada keesokkan harinya 25.05.2014.

Penuh Batang Pancing...
Akhrinya Setelah Berjalan Sejauh 2 Kilometer Baru Jumpa "PORT"

Serius dan tidak bohong, kalau anda masuk pertandingan jangan sesekali lewat kerana jika terlewat maka tempat yang terbaik pasti akan dipenuhi, samalah dengan nasib kami yang lewat ini. Bukan main susah hendak mendapatkan tempat sehingga kami dihalau oleh seorang "Brader" yang merasakan dirinya "Otai". Pada pandangan kami tidak wajarlah suka-suka hendak halau orang, cukup sekadar cakap dengan baik. "Awak Bukan Anak Najib Pun..."

 
Khemah Dibawah Pokok Redup...

Berkat dihalau oleh "Brader Poyo" tadi akhirnya kami telah berjaya mendapatkan "Spot" yang lebih baik dibawah pokok-pokok yang rimbun dan redup. Admin pun mula membentang tikar yang baru dibeli di kedai pancing semalam, dan kami membuat persediaan membancuh umpan dan "Setting" joran kami. Harap-harap menjadilah umpan ini, kemudian kami memacakkan pancang di tepi tiang besi sebelum melabuhkan umpan dedak dan sawit peram yang di gumpal-gumpal menjadi bulat. Balingan pertama dilakukan dengan lafaz Bismillah...


Bersusun Batang Pancing Kami...
Joran Kami Pendek, Baling Pun Sampai Tepi Sahaja...
Tu Dia Otai Baru Sampai...
Kedengaran dari jauh orang bersorak-sorak dan apabila memandang ke sisi terlihat seorang peserta sedang bergasak dengan joran "Surf Casting" beliau, pada fikiran kami nampaknya hanya joran 16-20 kaki yang berupaya mendapatkan ikan memandangkan mereka mampu baling hingga ke tengah. Harapanlah, jika masuk pertandingan dengan hanya menggunakan joran pendek. Namun kami akan tetap bersabar dan menunggu andai ada makhluk dasaran yang terjerat. Arus yang kuat menyebabkan semua tali pancing akan bersilang antara satu sama lain. Jika seorang menggulung tali untuk memeriksa umpan, joran disebelah pasti akan terbelit.
Layan Nasi Lemak Pun Sedap!...

Kami ada memeriksa khemah pengadil dan disana disediakan 2 buah tangki untuk menyimpan ikan-ikan yang berjaya dinaikkan peserta, terdapat beberapa spesies yang telah berjaya dibawa naik seperti Temoleh, Tenggalan, Toman, dan Baung. Kesemua saiz dan berat beranggaran bawah 2 kilo, nampaknya tasik ini tiada spesimen yang bersaiz gadang. Dari pagi membawa ke tengah hari namun P2U Angler masih belum menerima sebarang sambaran.

Sepi...

Jam Menunjukkan tepat pukul 12:30 tengah hari, akhirnya wisel penamat ditiupkan dan kami gagal membawa naik sebarang hasil untuk dipersembahkan kepada pengadil, umpan power yang dicipta tidak mendapat sambutan oleh penghuni dasaran disana. Apa yang kami pelajari kali ini adalah mungkin spesies liar lebih gemar umpan semulajadi seperti cacing, katak, anak ikan keli dan tidak biasa dengan umpan dedak yang dicampur bahan-bahan pewarna. Apa pun kami tetap gembira kerana dapat bersama-sama sebagai satu pasukan berhimpun dan menyertai pertandingan ini dan yang pasti pertandingan. In Sha Allah, Sirkit 3 akan kami cuba!. Sekian terima kasih diucapkan kepada pembaca blog Pancing2u kerana sudi meluangkan masa membaca cerita kami.

-Assalamualaikum wbt