Pengalaman <b>memancing di</b> Taman Rekreasi Air Wetland,<b>Putrajaya</b> <b>...</b> - Memancing di Putrajaya


Pengalaman <b>memancing di</b> Taman Rekreasi Air Wetland,<b>Putrajaya</b> <b>...</b>

Posted: 02 Mar 2015 07:20 PM PST

Sempena cuti yang panjang kali ni,saya dan suami terfikir nak buat aktiviti yang lain dari biasa.Asyik pergi shopping mall je memanjang kan. Kali ni ubah angin pergi memancing plus berkhemah. Jadi selepas survey tempat dekat Google kitorang sepakat pilih lokasi kat Taman Rekreasi AirWetland,Putrajaya.

                        

                          Apa yang bestnya di sini?

  • kawasan teduhan untuk memancing-pokok dan wakaf
  • tandas  lengkap tempat mandi
  •  gerai makanan-kitorang bawak bekal
  • bersih dan lanskap cantik-penting ni buat jamu mata
  • sentiasa ada ikan walaupun hanya ikan yang lampam kecik 

Sebelum mula memancing mesti kena bayar permit dulu ye. Harganya RM20 per joran dan memancingla selama mana selagi tak kena halau.Hehe takla,tempat ni buka dari pukul 8 pagi sampai 7 petang je.  Nak bayar tu seeloknya pergi bayar dekat pejabat dia dekat banguanan utama di situ. Jangan jadi macam kitorang sampai guard dia sendiri turun kutip.Tapi adala beberapa pemancing lagi yang bayar on the spot. Aktiviti selain memancing pun ada sebenarnya seperti berkayak,river cruise dan berbasikal. Cuma kali ni saya dan suami memang niat nak memancing dengan anak-anak.

 

Mula-mula sampai muka blur je ilmam dan naurah.Maklumla gerak awal dari rumah,dok bersisa lagi rasa ngantuknya. Tapi bila nampak abahnya mula setup khemah hilang rasa ngantuk dan sibuk tanya itu ini.

Punya semangat abah budak-budak nak memancing sampai siap tempah  umpan khas untuk tangkap lampam. Berbaloi-baloi usaha sampai tak larat nak karau tali pancing,letak je ikan sambar.Yang paling seronok mestila si Ilmam Kashfi. Habis tak larat sangat nak angkat ikan tu main pondok-pondok dengan adik. Umi dah sedia macam-macam dari buku mewarna,mainan dan puzzle punya tak mau bagi anak-anak bosan.

JOM MEMANCING!

 Ni dah habis bosan main pondok-pondok pulak sementara tunggu dapat ikan.Tapi  dalam 10 minit je,bila abah bagitau dapat ikan semua pakat lari keluar nak angkat.

Bawa budak-budak memancing memang kena alert sepanjang masa.Umi paling penat dok kawal adik tak bagi lari merata dan pegang abang bila abah baling tali pancing. Risau kena mata pancing.Apapun segala penat tu hilang tengok bebudak seronok gelak.:)

SERONOK DAPAT IKAN!!

Dekat 5 jam memancing,hampir 20 ekor lampam yang jadi rezeki kami.Tapi dekat tasik ni bukan setakat ikan lampam je yang ada, jiran sebelah kami dapat anak ikan toman.Ikan besar2 memang ada yang dapat.Lawak bila terkenang balik dok bersorak bila angkat lampam.hehe.Orang sebelah relaks je,otai-otai tak mainla anak-anak lampam ni.Abah dok azam nak mai lagi nak pancing ikan besar pulak katanya. 

Pukul dua kami bertolak balik bila cuaca makin panas dan budak-budak dah penat.Aktiviti kali ni memang sangat  berbaloi.

Blogger - Memancing di - Pancing Putrajaya - <b>Memancing di Putrajaya</b>

Posted: 02 Dec 2014 03:20 PM PST


Mejar Zaidi: Terpaksa bayar harga mahal kerana bercakap benar

Apabila Mejar Zaidi Ahmad membuat laporan polis selepas dakwat kekal di jarinya hilang sebaik sahaja dibasuh beberapa jam selepas membuang undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sama sekali tidak menyangka beliau bakal berhadapan dengan tindakan mahkamah dan seterusnya dipenjarakan sekurang-kurangnya dua tahun.

Beliau kini dihadapkan di Mahkamah Tentera dengan beberapa tuduhan melanggar perintah Majlis Angkatan Tentera Malaysia, membuat kenyataan kepada media tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan, dan menghantar dua kiriman pesanan ringkas (SMS) yang bersifat politik.

Juruterbang jet pejuang berusia 45 tahun yang sudah berkhidmat selama 25 tahun itu terkejut apabila mendapati dirinya bergelut dengan masalah dan bukannya pembekal dakwat serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang seharusnya.dipertanggungjawabkan.

"Saya tahu akan ada kesan tetapi saya terkejut apabila pembekal dan SPR dilepaskan begitu sahaja sedangkan saya sebaliknya.," kata Zaidi kepada The Malaysian Insider melalui temuramah e-mel.

Beliau didakwa pada 7 Februari di Mahkamah Tentera di Kuala Lumpur. Kes itu akan didengar enam panel anggota pada 8 April.

Di samping itu, beliau juga dibekukan daripada menjalankan tugas sebagai juruterbang dan terpaksa bertugas di jabatan am.

Bagaimanapun, Zaidi berkata sebagai seorang Islam, beliau berasa perlu untuk membuat laporan itu.

"Bagi saya, adalah haram bagi seorang Islam bersubahat dalam hal penipuan. Apatah lagi jika ia melibatkan sesuatu yang penting kerana seperti pilihan raya yang bertujuan bagi memilih para pemimpin tertinggi negara.

"Sebagai seorang kakitangan kerajaan yang gaji datang daripada wang pembayar cukai, saya mempunyai tugas memberitahu rakyat perkara benar bahawa dakwat itu sebenarnya tidak kekal," katanya.‎

"Saya tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik. Saya hanya bertindak demi kebenaran."

Isterinya Shafinah Abdul Hamid dan juruteknik TUDM juga membuat laporan polis berhubung dakwat kekal bersama-sama Zaidi.

"Seperti yang saya katakan, sebagai seorang Islam saya perlu bercakap benar walaupun saya akan menghadapi tindakan (daripada pegawai atasan saya). Hukuman di akhirat lebih buruk jika saya berbohong berbanding mana-mana hukuman di dunia ini.

"Saya yakin bahawa Allah akan membantu orang yang benar," katanya.

Kontroversi dakwat kekal yang digunakan buat pertama kali pada PRU13, dikritik selepas ramai pengundi mengadu ia boleh dibasuh dengan mudah.

Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) menegaskan kegagalan sistematik dakwat kekal semasa pengundian awal dan hari pengundian menjejaskan hasil pilihan raya itu.

SPR akhirnya mengaku November lalu dakwat kekal digunakan pada PRU13 mempunyai kelemahan; antara lain, ia boleh dibasuh dan mengambil masa yang lama untuk kering dan kerana itu ia meninggalkan kotoran pada kertas undi. Bagaimanapun SPR menegaskan dakwat kekal masih akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang.

Zaidi, yang berpangkalan di kem Butterworth di Seberang Prai, Pulau Pinang, adalah seorang daripada 235,826 kakitangan pasukan keselamatan dan pasangan di seluruh negara yang mengundi lebih awal pada 30 April tahun lepas.

Beliau membuat laporan polis pada hari berikutnya selepas mendapati dakwat kekal di jari telunjuk kirinya boleh dibersihkan hanya dalam tempoh dua jam kemudian. Selepas membuat laporan polis, beliau bercakap kepada pemberita di luar balai polis di Kepala Batas.

Tindakannya menyebabkan kekecohan dan dua hari kemudian, beliau diberitahu dipindahkan ke Kuala Lumpur dengan serta merta.

Pemindahan juga bermakna kerjaya sebagai juruterbang turut berakhir.

Zaidi dipindahkan ke pangkalan tentera udara Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur selama sebulan dan apabila kembali ke pangkalan Butterworth, beliau bukan lagi pegawai pemerintah kepada Skuadron 12, jawatan yang dipegang sebelum pilihan raya umum.

"Gaji dan elaun saya masih sama. Begitu juga hubungan dengan rakan-rakan saya. Mereka seperti biasa. Tiada seorang pun yang melayan saya berbeza. Kami tidak ada masalah," katanya.

Masalah Zaidi adalah dakwaan berganda di bawah Seksyen 50 (2) dan Seksyen 51 Angkatan Tentera 1972 terhadapnya di Mahkamah Tentera.

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan media mengenai dakwat kekal tanpa kebenaran Kementerian Pertahanan dan gagal menggunakan saluran tentera yang seharusnya untuk menyuarakan rasa tidak puas hati apabila membuat laporan polis dan bercakap dengan media.

Zaidi juga didakwa menghantar dua SMS bersifat politik atau hasutan semasa bertugas di pangkalan udara Butterworth pada 1 Mei, 2013.

Beliau turut didakwa membuat kenyataan media menyatakan kekecewaan berhubung dakwat kekal, yang sepatutnya disiasat melalui saluran ketenteraan, dan kebocoran dakwat kekal kepada media tanpa mendapat kelulusan Majlis Angkatan Tentera di Taman Bertam Indah, Kepala Batas pada 3 Mei tahun lepas.

Zaidi berkata, beliau akan dipenjarakan dan kehilangan pencen jika didapati bersalah atas tuduhan yang dikenakan.

"Ia akan menjadi beban yang amat berat kepada keluarga saya. Isteri saya seorang suri rumah dan empat anak-anak kami bersekolah dan masih kecil," katanya.

Anak sulungnya berusia 20 tahun dan masih belajar di universiti, sementara yang paling muda berusia tiga tahun.

Zaidi menyerahkan ketentuan nasibnya kepada Allah dan berkata akan menerima keputusan Mahkamah Tentera.

"Sekurang-kurangnya, saya berharap masih mempunyai kesihatan untuk menyara keluarga dengan cara yang betul. Saya berfikir untuk bekerja sebagai juruterbang bagi beberapa syarikat swasta atau menjalankan perniagaan apabila tidak lagi berkhidmat bersama tentera.

"Ada yang mencadangkan supaya saya menyertai politik. Tetapi saya tidak membuat apa-apa keputusan lagi. Saya perlu menunggu keputusan mahkamah terlebih dahulu," katanya.

Zaidi juga mempunyai halaman Facebook yang diberi nama "Sokong Mejar Zaidi TUDM" yang boleh dilawati para pengguna rangkaian sosial itu bagi menunjukkan sokongan dan mengetahui mengenai isu-isu berkaitan ketenteraan.

Bagi Zaidi, menjadi seorang juruterbang pejuang adalah impian zaman kanak-kanak yang menjadi kenyataan.

"Semasa kecil saya memancing di sungai berhampiran kampung saya , Kampung Permatang Tengah di Kota Kuala Muda, Kedah.

"Saya sering melihat jet pejuang terbang di langit semasa memancing. Ia membuatkan saya menyimpan impian untuk menjadi seorang juruterbang," katanya.

Perjalanan kerjayanya termasuklah ditugaskan selama lapan bulan ke Bosnia semasa perang saudara di Balkan pada 1990-an di bawah Perlindungan Tentera Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Zaidi mendapat sokongan daripada sebuah NGO pro PKR, Pahlawan, kumpulan bekas askar yang berkata juruterbang itu menjadi mangsa Putrajaya sebagai contoh bagi menakutkan semua anggota tentera daripada menjalankan hak-hak mereka sebagai warganegara.

Pahlawan berkata, ia tidak masuk akal apabila menggunakan undang-undang ketenteraan berusia 40 tahun bagi menyalahkan juruterbang berkenaan kerana membuat laporan polis.

Gabungan Pilihanraya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) dalam status Facebook baru-baru ini juga menyokong Zaidi dengan menyatakan beliau secara jelas menjadi mangsa tentera dan kerajaan.

Bersih 2.0 mempersoalkan mengapa Zaidi yang menjadi pemberi maklumat dalam kes ini, diambil tindakan mahkamah manakala SPR dibiarkan lepas begitu sahaja.

"Kerajaan jelas berniat untuk menjadikan Mejar Zaidi sebagai contoh bagi menyampaikan mesej kepada orang lain, terutama pasukan bersenjata tentera dan penjawat awam agar tidak bertindak walau dalam apa keadaan sekalipun hatta demi keadilan.

"Apa yang kerajaan tidak sedari ialah Mejar Zaidi sudah pun menjadi contoh – yang patut dicontohi dan bukan elakkan – suatu kejujuran, integriti, dan keberanian." -TMI

</b></b></b></b></b> - Pancing <b>Putrajaya</b> - Blogger

Posted: 12 Jan 2015 05:10 PM PST

(Pautan Dari Saudara Potocol Pancing.Net)

SALAM SEMUA PARA PEMBACA DI LAMAN FORUM PNET INI

Berdasarkan pengalaman dan pengetahuan saya, artikel yg tak seberapa ini akan membantu tuan-tuan dalam merealisasikan impian tuan2 untuk memancing di laut dalam dari aspek persediaan.

Persoalan dalam topik ini ialah ttg apakah persediaan yg diperlukan oleh pemancing yg ingin memancing di laut dalam dari aspek umpan, kekili, joran, tali, batu ladung, perambut mahupun teknik2 dan masa yg terbaik? Persoalan sebegini amat sering diketengahkan oleh para pemancing yg novice atau beginner.


Umpan - macam-macam jenis umpan boleh digunakan. Tetapi ada kalanya umpan2 tersebut amat diklasifikasikan mengikut spesis ikan. Ada juga umpan yang universal bagi sekelompok spesis ikan. Jenis umpan yg terbaik ialah bekalan dari ikan segar atau hidup yang diperolehi atau dipancing (menggunakan teknik appolo) ketika dlm perjalanan ke destinasi/spot, atau membelinya di pasar atau di jeti dari nelayan yg baru pulang dari menangkap ikan di laut. Hendaklah diketahui, bahawa umpan-umpan ini merupakan satu module utama bagi menentukan kejayaan sesebuah misi pemancingan kerna atas kesegarannya akan menentukan keberkesanannya. Antara jenis umpan yg dianggap universal di laut dalam ialah ikan pelaling,  ikan tongkol, ikan kembong, anak ikan alu-alu dan sotong pasar. Pastikan jumlah umpan2 ini mencukupi utk tempoh dan jumlah pemancing dlm sesuatu trip. Pengalaman saya dalam menyediakan umpan bagi sesuatu trip seperti berikut: jika 10 pemancing utk trip 3h2m, sekurang2nya sotong pasar perlu disediakan sejumlah 3 ke 4kilo seorang. Manakala umpan ikan 2kilo seorang.


Tekong sedang memilih umpan - alu-alu


Kekili - Secara lumrahnya, memancing laut dalam bukan saja pancingan dasar diutamakan malah beberapa teknik yg lain juga turut dipraktikan antaranya teknik hanyut, casting, jigging, popping dan tundaan atau kenali sebagai teknik troling. Oleh yg demikian, kesenua teknik2 tersebut, memerlukan kekili yg berbeza dlm spesifikanya. Seperti contoh, set untuk dasar/bottom, set multiplier bersiri 30 keatas seperti jenama Shimano model TLD30, TLD50 atau jenama Penn model Penn International TLD30 dan TLD50. Model2 ini berupaya menyimpan tali utama/mainline sepanjang 250 meter keatas dgn diameter 0.35mm ke atas. Namun begitu, anda tidak perlu menyimpan tali sehingga 300 meter kerna memadai dgn kepanjangan 250 meter disebabkan kedalaman perairan di Malaysia tidak sedalam itu. Jenama2 lain seperti Abu Garsia Big Game, Okuma, Tica, Daiwa juga boleh digunakan asalkan bersaiz seperti yg dinyatakan sebelum ini. Daiwa Sea_Line 50 multiplier pun tidak kurang hebatnya! Dewasa ini, ramai penggemar laut dalam memiliki kekili eletrik. Kekili ini sangat membantu. Anda boleh mencubanya bila sampai masa untuk anda berjinak2 dgn kekili ala robotic ini! Grin


Kekili eletrik


Anda perlu menyediakan bateri utk menghidupkan kekili eletrik anda!!



Kekili manual


Joran/Rod - Untuk pancingan dasar dan pancing tundaan/trolling, adalah sesuai jika anda menyediakan rod dgn kepanjanagan 5.5 kaki hingga 6.5 kaki dengan performance 30/80lb (bottom), 50/80lb (trolling) yg mana rod2 ini menyamai kekuatan PE4 hingga ke PE8. Antara model2 yang mampu dibeli ialah seperli Daiwa big game, lemax, okuma dimana harganya boleh dikategorikan 'mampu dibeli' dan workable.

Seandainya anda meminati teknik ber'jigging', gunalah rod yg mempunayi kekuatan performance dari PE3 hingga ke PE5 dgn kepanjangan rod sepanjang 5 ke 6 kaki adalah sangat sesuai untuk bermain dgn ikan seperti cupak, tenggiri dan gerepoh di bawah had berat 15kg. Jikalau ikan GT yg bersaiz besar atau saiz XXL eloklah menggunakan rod yg berkekuatan sehingga PE8 dengan panjang rod yang sama. Hakikatnya, teknik ber'jigging' dan ber'popping' boleh menggunakan perambut yg kasar baik siang ataupun malam tanpa ragu dan bimbang dari permasaalahan. Satu lagi perkara yang merujuk tentang teknik memancing ialah jarak perambut untuk pancing dasar ialah 2 hingga 3 depa diikat pada 2 mata kail 1/0 di depan dan 3/0 @ 4/0 di hujungnya. Atau mengunakan teknik apollo 2 mata jika kawasan berlabuh adalah karang tinggi.


Set jigging



Set2 yang digunakan untuk memancing tenggiri menggunakan teknik 'berhanyut' dan gambar terakhir menggunakan teknik ber'jigging'.


Seandainya anda meminati teknik ber'popping', rod 6 kaki sangat sesuai untuk anda membuat lontaran jauh. Disamping itu, sediakan sebatang rod sebagai selingan yg berkekuatan PE1 hingga PE3 untuk memancing menggunakan teknik apollo (cari umpan ikan hidup atau sotong hidup). Popper juga memainkan peranan sebagai umpan utk teknik ber'popping'. Pastikan anda memiliki popper2 yang sesuai utk sesuatu spot. Guna dan praktiklah teknik 'ujikaji' bagi pelbagai jenis popper atau jig dlm sesuatu spot bagi mendapatkan keserasian antara mangsa dan umpan! Grin


Kelengkapan untuk ber'jingging' dan ber'popping'.


Mengenai penggunaan tali, perkara yang paling penting utk memilih tali saiz tali tersebut kerna saiz mempunyai hubung-kait dgn kapasiti atau had muatan di dlm kekili berserta kekuatan maksimum drag yang terbina di dalamnya kekili tersebut. Amnya, mainline/tali utama utk pancingan dasar dan menunda/trolling adalah sekitar 80lb hingga 100lb utk mainline 'tangsi/mono'. Anda juga boleh menggunakan tali sulam/braided yg mempunyai performance 60lb ke 80lb utk pancinagn bottom dan tunda. Diameter utk tali sulam adalah lebih kecil dari tali tangsi tetapi memikul kekuatan yg lebih kuat dari tali mono yg berkekuatan lebih dari tali sulam. Manakala jenis kekili yg digunapakai utk aktiviti ber'jigging' dan ber'popping' pula, perlulah disuaikan dengan tali sulam 50lb hingga 80lb dan disambung dengan tali tangsi/mono yg ber'performance' antara 80lb hingga ke 100lb sepanjang 2.5 hingga 3 meter atau lebih kurang 2 depa lebih utk dijadikan 'rig' atau perambut dan berfungsi sebagai alat serap kejutan atau dikelnali sebagai 'shock leader'. Ada pelbagai jenis tali perambut/shock leader dijual dipasaran. Jenis-jenis perambut seperti perambut appolo, perambut hanyut (guna tanduk), perambut bercabang 2, perambut tenggiri, perambut karang, perambut ebek dan yg lain2.

Pastikan juga setiap trip laut dalam anda memiliki set perambut yg dibawa ber'performance' 30lb hingga ke 100lb dan tidak kira apa jenama atau harganya sekalipun. Jarak dlm ukuran membina sesuatu perambut untuk pancingan dasar adalah 2 hingga ke 3 depa diikat pada 2 mata kail yg bersaiz 1/0 di depan dan 3/0 atau 4/0 di hujungnya. Kalau satu mata sahaja gunalah mata kail bersaiz 4/0 atau 5/0. Teknik perambut appolo 2 mata digunakan jika spot tersebut berlabuh dikawasan karang tinggi.....(tempat merah dan kerapu berpenghuni!!)

Gunakanlah perambut yg berwarna cerah atau ada sedikit warna kebiruan serta kehijauan (yg sering dikirim oleh rakan2 jika memancing di Ko Adang Thailand). Pendek kata, perambut yg seakan-akan2 warna air. Ada juga yg menggunakan perambut yg berbagai warna iaitu merah, coklat, kuning dan biru dimana warna2 ini digabungkan dlm satu tali. Saya dan rakan2 pernah menggunakan perambut ini semasa memancing di Pelantar Minyak Dungun. Hasilnya, ilhamdulilah. Dan ada juga pemancing yg gemar menggunakan perambut yg keras dan sebaliknya. Tapi kedua-duanya boleh diguna-pakai asalkan perambut tersebut tahan terhadap kejutan, tak senang kerinting, tahan calar atau bersimpul. Jika ini berlaku semasa ikan sedang frenzy, maka putih matalah anda disaat itu! Ada juga perambut yg di namakan 'perambut hantu' dimana ianya memiliki tahap penglihatan yg amat rendah atau tiada langsung kelihatan di dalam air yg dikenali sebagai 'zero visibility'. 'Perambut hantu' ini mahal harganya. Ada juga menggunakan tali jenama seahawk atau eagle yg murah dijual dipasaran dan jgn sesekali memandang rendah tali perambut ini kerna walaupun ianya murah tetapi ternyata telah memberi kepuasan kpd sesetengah pemancing. Hanya anda yg akan menentukan yg mana satu yg anda ingin beli dan jangan lupa....periksa jumlah RM di dlm bag duit anda sebelum membelinya!!

Satu lagi 'equipment' yg perlu diambil kira utk memancing di laut dalam- iaitu 'batu ladung'. Ada banyak aspek yg perlu diketahui dlm penggunaan batu ladung ini. Antaranya ialah hubungan dan kaitannya antara lokasi dan arus. Negara Malaysia mempunyai beberapa pantai. Antaranya Pantai Barat dan Pantai Timur. Kedua2 perairan pantai ini mempunyai struktur bumi yg berbeza. Pantai barat lebih sempit dari pantai timur. Kalau di Pantai Barat, had maksimum saiz batu ladung yg biasa digunakanialah bersaiz no:32 atau berat metrik 1.5kg. Manakala di Pantai Timur pula had maksimum saiz batu ladung ialah no:24 atau berat metrik 1kg. Berbezaan ini disebabkan perbezaan arus di Pantai Barat lebih laju/deras berbanding di Pantai Tmur kerna laluan yang sempit seperti yg saya nyatakan sebelum ini. Begitu juga halnya di Sabah dan Sarawak, dimana arus lautnya lebih kurang sama seperti Pantai Timur Semenanjung kerna ianya berada di kawasan yang sama – iaitu di Laut China Selatan.


Kebiasaanya, memancing di laut hanya perlu membawa batu ladung mati yg bersaiz dari saiz 8 hingga ke no:24 atau no:32 jika memancing di Pantai Barat. Berapakah jumlah yg perlu dibawa? Jumlah batu ladung yang perlu dibawa pula bergantung kepada masa memancing dan yang penting ialah sentiasa mempunyai batu ladung tambahan sebagai langkah keselamatan jika berlaku tali pancing sangkut atau putus akibat dari gigitan ikan, terkena karang yg tajam, tersimpul dgn tali rakan2 yg terpaksa diputuskan atau kehilangan yg tak diduga!


Jika ditanya pada masa bilakah sesuai utk turun memancing di laut? Terus terang saya katakan bahawa ramai yg tidakboleh memberimaklumat yg tepat kerna ianya berhubung rapat dgn lokasi yang bakal anda pancingi. Lebih baik jikalau kita minta pandangan dan maklumbalas dari kaki2 pancing yg pernah berkunjung di kawasan tertentu atau dapatkan info dari tekong yang bakal kita gunaka perkhidmatanya. Kalau dari segi masa pula, ikan lebih aktif dan galak memakan umpan diwaktu malam dan pada setiap kali berlaku perubahan arus yakni setiap 3 ke 4 jam. Ketika ketiadaan arus, ikan biasanya bersifat pasif walaupun paparan pada sonar terdapat banyak ikan di bawah. Jadi, jgn marah dan gusar jika umpan anda tidak dijamah!! Utk jadi pedoman sampingan ialah rujuk jadual pasang surut untuk satu-satu lokasi yang bakal anda kunjungi. Kadang2 kita akan berhadapan dgn lauatan yg tenang seperti di tasik. Kadang2 bergelora seketika dan 'oleng' kiri dan kanan. Maka bersedialah batu ladung yg sesuai di ketika ini!!

Anda juga perlu tahu untuk menyediakan perambut appolo bagi memancing ikan-ikan selar, tamban, tongkol atau kembong. Atau dengan erti kata lain, kita biasa membelinya di kedai pancing dengan harga RM1.50 ke RM3.00 sebungkus. Ada pelbagai warna dan saiz. Namun begitu, kebanyakan nelayan pantai timur dan selatan, mereka menggunakan perambut appolo yang dibuat sendiri. Saya ingin berkongsi dgn anda semua tentang pembinaan perambut appolo ini...


Bilakah waktu yg paling baik untuk kita memancing di laut dalam?
- Kebiasaannya ialah waktu petang membawa ke senja sebelum tenggelamnya matahari
- Tengah malam serta awal pagi sebelum terbit fajar.
- Awal pagi atau subuh
- Sesudah subuh dari jam 8am hingga 11am

Sirkit Pancing <b><b>Putrajaya</b></b> 1/2014 | PCL - Pancing <b>Putrajaya</b>

Posted: 30 Jun 2014 10:14 AM PDT

SEORANG lelaki memancing di dalam lubang sebuah tasik beku di pinggir bandar raya Bucharest kelmarin.

Ungkap Rahsia Yang Maha Agung


BUCHAREST - Cuaca sejuk tidak menghalang seorang lelaki untuk memancing di sebuah tasik beku di pinggir ibu kota Romania, dekat sini.
Lelaki itu membuat sebuah lubang menembusi lapisan ais yang melitupi permukaan tasik berkenaan sebelum mencampakkan umpan menggunakan jorannya.
Dia memancing ketika salji musim sejuk melanda selatan Romania kelmarin. - Reuters

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Allahu Akbar. Allah Maha Pencipta.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung