Memancing di Putrajaya - Pancing Putrajaya - Blogger - Memancing di Putrajaya

Blog Admin | 3:20 PM | 0 comments

<b>Memancing di Putrajaya</b> - Pancing Putrajaya - Blogger - Memancing di Putrajaya


<b>Memancing di Putrajaya</b> - Pancing Putrajaya - Blogger

Posted: 01 May 2013 12:00 AM PDT

PUTRAJAYA – Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau menerima laporan parti Pakatan Rakyat menggunakan taktik kotor untuk memancing undi di kawasan Parlimen Putrajaya, termasuk menawarkan duit.

Tengku Adnan, yang mempertahankan kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum Ahad ini, berkata beliau menerima laporan terdapat pengundi ditawarkan RM500 dan didatangi orang tidak dikenali yang hendak mencalit dakwat di jari mereka.

"Saya baru dapat laporan ada lapan orang pergi jumpa pengundi (di flat)kawasan saya…pukul 9 dan 10 malam Isnin (kononnya) untuk buat kaji selidik.

"Ada seorang wanita ini bagi masuk rumah. Bila masuk akhirnya dia nak calit dakwat ke tangan perempuan ni, kononnya menyenangkan supaya pergi mengundi. Ini taktik kotor," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama pengundi India di sini malam Selasa.

Katanya beliau telah mengarahkan mereka yang telah membuat aduan itu kepadanya supaya membuat laporan polis.

Tengku Adnan juga mendakwa parti pakatan PAS-PKR-DAP juga telah menyebarkan pelbagai perkara yang menyentuh sensitiviti kaum, yang mampu menimbulkan sentimen tidak baik dan menganggu penduduk Putrajaya yang tidak sukakan huru-hara dan sikap berpuak-puak.

Tengku Adnan terbabit dalam pertarungan satu lawan satu di kerusi Parlimen Putrajaya dengan calon PAS Datuk Husam Musa yang merupakan Naib Presiden PAS. Pada pilihan raya umum 2008, Tengku Adnan menang kerusi itu dengan mengalahkan calon PAS Mohamad Noor Mohamad dengan majoriti 2,734 undi.

Mengenai cadangan debat antara beliau dan Husam, Tengku Adnan berkata beliau tidak berminat untuk berdebat dengan pencabarnya kerana Husam kurang arif mengenai kawasan Parlimen itu memandangkan beliau calon baharu di situ, dan tidak tahu bagaimana pusat pentabiran kerajaan persekutuan itu dibangunkan.

"Persoalannya nak berdialog pasal apa? Saya pun tak faham. Tiada masalah di Putrajaya. Kita semua selesaikan masalah dengan cara kita, tiap-tiap hari selesaikan segala masalah keperluan warga Putrajaya," katanya. – BERNAMA

Pakatan Rakyat Guna Taktik Kotor Di Putrajayahttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/05/Tengku-Adnan1.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/2013/05/Tengku-Adnan1-150x150.jpg01 May 2013 MyNewsHub Pilihan Raya Umum Ke 13Terkini

PUTRAJAYA - Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau menerima laporan parti Pakatan Rakyat menggunakan taktik kotor untuk memancing undi di kawasan Parlimen Putrajaya, termasuk menawarkan duit. Tengku Adnan, yang mempertahankan kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum Ahad ini, berkata beliau menerima laporan terdapat...

PUTRAJAYA - Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau menerima laporan parti Pakatan Rakyat menggunakan taktik kotor untuk memancing undi di kawasan Parlimen Putrajaya, termasuk menawarkan duit. Tengku Adnan, yang mempertahankan kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum Ahad ini, berkata beliau menerima laporan terdapat pengundi ditawarkan RM500 dan didatangi orang tidak dikenali yang hendak mencalit dakwat di jari mereka. "Saya baru dapat laporan ada lapan orang pergi jumpa pengundi (di flat)kawasan saya...pukul 9 dan 10 malam Isnin (kononnya) untuk buat kaji selidik. "Ada seorang wanita ini bagi masuk rumah. Bila masuk akhirnya dia nak calit dakwat ke tangan perempuan ni, kononnya menyenangkan supaya pergi mengundi. Ini taktik kotor," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama pengundi India di sini malam Selasa. Katanya beliau telah mengarahkan mereka yang telah membuat aduan itu kepadanya supaya membuat laporan polis. Tengku Adnan juga mendakwa parti pakatan PAS-PKR-DAP juga telah menyebarkan pelbagai perkara yang menyentuh sensitiviti kaum, yang mampu menimbulkan sentimen tidak baik dan menganggu penduduk Putrajaya yang tidak sukakan huru-hara dan sikap berpuak-puak. Tengku Adnan terbabit dalam pertarungan satu lawan satu di kerusi Parlimen Putrajaya dengan calon PAS Datuk Husam Musa yang merupakan Naib Presiden PAS. Pada pilihan raya umum 2008, Tengku Adnan menang kerusi itu dengan mengalahkan calon PAS Mohamad Noor Mohamad dengan majoriti 2,734 undi. Mengenai cadangan debat antara beliau dan Husam, Tengku Adnan berkata beliau tidak berminat untuk berdebat dengan pencabarnya kerana Husam kurang arif mengenai kawasan Parlimen itu memandangkan beliau calon baharu di situ, dan tidak tahu bagaimana pusat pentabiran kerajaan persekutuan itu dibangunkan. "Persoalannya nak berdialog pasal apa? Saya pun tak faham. Tiada masalah di Putrajaya. Kita semua selesaikan masalah dengan cara kita, tiap-tiap hari selesaikan segala masalah keperluan warga Putrajaya," katanya. - BERNAMA


Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

KomenSen: CERITA SEMINGGU <b>DI</b> PERLIS.

Posted: 31 Mar 2014 09:25 PM PDT

Hari ini genap seminggu saya tinggal di negeri Perlis. Banyak perkara yang kena belajar dan adjust. 

Pertama - cuaca hangat yang amat. Airkon 16 darjah 'full blast' pun tak rasa apa. Petang semalam ada hujan renyai sikit dan cuaca ada sejuk sikit.

Kedua- kena belajar untuk faham loghat orang sini.

Ketiga - mencari tempat yang sesuai untuk membeli barang keperluan rumah , servis kereta, gunting rambut dsb.

Berikut adalah beberapa keping gambar dengan sedikit cerita di bawahnya. Sesetengah gambar itu sudah tersiar dalam fesbuk saya.

Gambar 1: Nasi lemak ni berharga 30 sen sebungkus. Kata taukeh, harganya baru naik seminggu lalu dari 20 sen.



Gambar 2:  Rupanya Perlis ada gula sendiri.  Bertapis pulak tu ..


Gambar 3: Hari ke dua (Rabu) saya ke nat (pekan sehari) di Beseri. Banyak barang-barang yang eksotik yang tidak jumpa kat Seremban ada dijual di sini. Antaranya pekasam, kuih tepung bungkus dan pulut dakap.


Gambar 4: Ada sesiapa yang tak faham maksudnya ? Nombor telefon Pak Itam saya gelapkan sebahagiannya untuk mengelakan dia diserbu oleh pembeli.

Gambar 5: Hari Ahad, saya pergi memancing di Kuala Perlis dengan kawan yang berasal dari Perlis tapi duduk di Putrajaya yang pulang sekejap ke Perlis.




Gambar 6: Nampak tak budak yang naik motor tu sambil berdiri. Sebenarnya mereka memandang ke laut untuk memerhati belangkas dari atas motor. Cekap betul mata mereka mengalahkan burung helang ..

Gambar 7: Saya makan bihun sup dengan abc di restoran dalam setting yang asli dalam hutan nipah.


Gambar 8: Sudah seminggu saya tidak dapat memeluk cucu-cucu saya ...

Walaupun hati sayu bila terkenang dan terbayang  keletah dua orang cucu saya dan juga keadaan rumah dan tanaman yang ditinggalkan, namun perasaan itu semua menjadi kecil berbanding kegembiraan dapat kembali tinggal sebumbung dengan Makngahnya dan anak-anak yang masih bersekolah.

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 comments