Memancing : Taman Rekreasi Air Wetland, Putrajaya (pertama kali) - Memancing di Putrajaya

Blog Admin | 3:23 PM | 0 comments

<b>Memancing</b> : Taman Rekreasi Air Wetland, <b>Putrajaya</b> (pertama kali) - Memancing di Putrajaya


<b>Memancing</b> : Taman Rekreasi Air Wetland, <b>Putrajaya</b> (pertama kali)

Posted: 15 Oct 2013 07:52 PM PDT

 Hari tu selepas saya update kat fan page facebook Kelab Pemancing Wanita tentang pemancingan saya di wetland putrajaya, sangat ramai yang pembaca yang komen terkejut benarkah boleh memancing di putrajaya ? huhu.. mesti la boleh.. actually wetland yang uols selalu pergi tu ialah Taman Wetland Putrajaya dan memang tak boleh memancing disitu. Tempat yang saya memancing ni memang halal (ahahahaha) untuk memancing uols.. nama tempat ni Pusat Rekreasi Air Wetland, Putrajaya. If uols daripada bulatan utama putrajaya tu, uols mesti jumpa pusat rekriasi ni dulu belah kiri uols baru jumpa taman wetland yang penuh dengan pokok tu jika uols drive terus je lagi.. jap saya tepek kan map kat sini.. amboi.. baiknye la saya kan kan kan..ahahahaha...


A tu Pusat Rekreasi Air Wetland(bole mancing) yg depan tu Tmn Wetland ( xbole mancing)
 Actually bukan memancing je boleh kat situ tapi banyak lagi..ye la uols da nama pun pusat rekreasi air kan....so semua aktivity memlibatkan air bole la.. macam contohnya berkayak, menaiki bot, memancing dan banyak lagi la.. tapi apa yang saya nak fokus kan sini hanya pada memancing sahaja la.. opkos la uols..mak kan suke mancing memancing ni..huhu..nak kayak takut tergulik tengah tasik pulak..ahahahaha.. okeh pendek kan cerita la ye.. Nak mancing situ kena amik premit.. cey cey cey.. ayat amik premit kan macam seram je..huhu.. actually uols kat banggunan utama kat situ ada 1 kaunter bayaran tau. uols pergi situ dulu dan mintak premit memancing...murah je sehari seorang cuma RM20 je.. boleh mancing daripada jam 9 pagi hingga 7 petang je.. malam tempat ni tutup okeh.. uols boleh mancing setiap hari takde masalah..ehehe...

p/s : tapi kaunter tu selalu takde orang jaga tau..so pak guard kat situ selalu kata mancing je la sbb takde orang jaga...so kira-kira boleh free la ni..huhuhu..syhhhh..kita-kita je tau tau ni..ahahahaha...

okeh itu je la maklumat tempat ni.. kalo uols nak tau lebih bukak portal putraja ni..klik link ni PORTAL RASMI PERBADANAN PUTRAJAYA

Jom Memancing !!!

saya  ke sana untuk memancing 2 hari berturut-turut.. sebab dah syiok sgt memancing situ..huhu.. dulu saya pernah try jugak mancing sini tapi macam hampeh je..takde hasil tapi lepas pergi hari tu berbekalkan umpan terbaikkkkkk (huhuhu baru belajar ni tau) alhamdulillah ikan semua suka.. sebab ikan suka saya lagi la suka..tu yang tak kisah balik dah berbelang2 da badan muka semua..huhu..mancing darat ni lebih panas wooo..
seram tak hasil mancing ni ?
Hari pertama tu saya mancing berlima bersama cik ein, cik zoro, Achik, dan seorang pemancing wanita baru kami racun kan smpai dia sekarang sudah gilakan memancing ni..ahahaha... kami ke situ dalam jam 2 petang..umpan masa tu cik einn yang buat berbekalkan ilmu daripada abg umpan ulong katanya.. tapi saya ada tanya la apa , dan sedikit umpan ulong.. tu je..huhu.. mudahkan.. memang mudah tapi hasil dia mantappppp ! dalam beberapa minit pertama je saya baling joran tu dah naik 3 ekor Ikan Lampam.. memang cik ein kata ni umpan nak cari cik lampam ni..huhu.. gile kentang.. kami semua seronok dapat naik kan cik lampam ni gilir gilir tau..
lesen pertama saya dgn cik lampam ni tau !!! huhuhu

Hari esoknya, ahahaha.. tak sangup nak cakap..sebab masih terbayang-bayang lampam semalam, saya dan achik buat keputusan nak mancing lagi kat situ bersama cik izs pulak.. kali ni kami bertiga je.. sebab saya takde stok umpan, saya ke Juara Tackel kat Alam Megah tu dulu beli barang dan umpan..huhu..sempat juga la belajar bancuh umpan..ye la selama ni mancing laut mane ada bancuh membancuh ni..cucuk udang ke umpun ke sotong ke..tu je kan.. huhu.. memang superb terbaik umpan ni.... nak tau boleh baca entry saya pasal umpan asas tasik ni..klik link ni XXXXX bukan apa kang semua tulis pepanjang sini uols bosan pulak...ahaha..
jom mancing !!!!
ok berbalik trip mancing tadi.. semalam saya mancing hari jumaat memang tak de orang sangat memancing kat situ.. tapi pada hari ni saya mancing..perghh ramai tu.. nasib baik ada space untuk kami pacak joran..macam biasa panas nak mammm kat sini.. this time saya pakai lengan panjang, pakai topi besar..arhhh baru la selesa..ehehehe..
lesen saya hari ini..huhu..masih cik lampam

okeh hasil kami memancing situ mula jam 3 petang sampai kena halau guard jam 7.15 malam pulak ye,, umpan yang kami pakai tu memang ok sgt sgt.. cik Lampam kami dah gilir-gilir naik kan.. tapi tak sangka kami juga naik kan ikan yang sangat special..ahahaha.. uols.. jangan jeles..tak sangka umpan ni menarik minat cik Kxxxx ..ahaha..misteri sangat kan.. ikan apa start huruf K tu.. jangan tak tau.. balik rumah saya siap pastikan kat internet betol ke tak ikan K tu.. huhu..betol la...waaaa.. hati manyak happy.. memang bawah bibir dia ada lebihan sikit.. memang ada median lobe tu.. dan saya baca katanya sisiknya besar-besar, so saya letak ibu jari tangan kat atas 1 sisik tu..mak ai..besar lagi sisik tu daripada ibu jari saya.. (maaf kan ayat-ayat ke'jakun'an saya ni ye..teruja nih)  
awal lagi achik dah dapat cik K ni.huhu.saya bila da senja da nak balik baru merasa

sweet kan kan kan kan kan..
sedikit tambahan, uols kalo bawak family pon ok masa mancing ni..selesa.. ada wakaf besar kat situ..banyak..boleh dok situ.. ada juga tandas yang bersih sgt sgt.. suke suke suke.. ada kedai makan juga..so takde isu kebulur okeh kat situ..ehehe..if uols bosan mancing gi la naik kayah tu..pon bolehh..ehehe.. ok selamat mencuba.. selamat memancing semua.. 

P/S :saya memang bukan pakar mancing air tawar ni..tapi sebenarnya sebelum ni banya juga la port kolam memancing ni saya pernah try tapi tak pernah share sini.. but sekarang saya cuba share sebaik mungkin pengalaman memancing saya yang tak seberapa ni kat sini ye.. dulu antara kolam mancing air tawar yang saya pernah terjah tapi membangau (sebab tak pandai la) saya pernah try kat Kolam Sek. 24 Shah Alam, Kolam tepi Tasik Biru Kuang, Kolam kat Serendah, Kolam Putra Height dan ada beberapa lagi tapi tak ingat nama dia la..huhu.. sekarang bila dah tau cara-caranya lagi la da menghantu nak mancing walaupun air tawar ni..ehehehe..

Indahnya Ciptaan Allah: Pertandingan <b>Memancing Putrajaya</b> 24 <b>...</b>

Posted: 26 Feb 2013 02:53 AM PST

Indahnya Ciptaan Allah: Pertandingan Memancing Putrajaya 24 Februari 2013

Pertandingan Memancing Putrajaya 24 Februari 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengujung-pengunjung blog saya. pertama sekali saya memohon maaf kerana inilah kali pertama saya post aktiviti saya di blog saya dan perlu banyak mempelajari tentang cara-cara untuk memantapkan diri dalam bidang blog ni

Ok bagi semua kaki pancing mesti tahu wetland ataupun tasik buatan di Putrajaya kan. Bagi yang belum lagi tahu rahsia tasik Putrajaya ni akan saya beritahu. Tasik Putrajaya ini amat sesuai bagi kaki pancing untuk memancing serta membawa keluarga untuk berkelah. Di dalam tasik Putrajaya ini mengadungi pelbagai spesis ikan dan ada ikan yang boleh di katakan tahap Mega ataupun boleh dikatakan juga lubuk ikan besar.




Pada tanggal 24 Februari 2013  yang lepas iaitu pada hari Ahad telah berlangsung satu sirkit pertandingan memancing anjuran Perbadanan Putrajaya di Monumen Alaf Baru, Presint 2 Putrajaya. Dimana pemenang pertama akan membawa wang tunai RM7000.00. Pemenang pertandingan tersebut merupakan seorang pekerja kilang yang berjaya menaikkan seekor Tenggalan seberat 3.79KG. berikut merupakan gambar-gambar yang berjaya ditangkap oleh seorang rakan.



















Bagi spesis ikan Toman pula pihak perbadanan akan memberikan kepada sesiapa yang berminat, ini disebabkan usaha dalam mengurangkan spesis Toman di dalam tasik ini kerana Spesis ikan Toman ini akan mengancam spesis ikan yang lain dari membiak.


 Beruntung brother dalam gambar di atas kerana telah diberi oleh pihak perbadanan untuk beliau membawa balik ikan Toman tersebut. Amacam besar tak ikan toman tersebut. Akhir sekali dari saya maaf di pohon kalau ada dan silap semasa menulis blog ini kerana saya baru belajar menggunakan blog dan masih banyak lagi yang perlu dipelajari.

Lihatlah Kengkawan Betapa Indahnya Ciptaan Allah Di Muka Bumi Ini.

Lokasi <b>Memancing di</b> Taman Wetland <b>Putrajaya</b> - Diari Akuakultur Z <b>...</b>

Posted: 19 May 2011 11:56 AM PDT

Salam kepada semua...

Kali ini aku bagi sedikit sebanyak lokasi-lokasi memancing yang agak santai dan agak sesuai untuk memancing seisi keluarga sambil berkelah. Taman Wetland Putrajaya dijaga rapi dimana keadaan persekitaran yang amat bersih dan terjaga serta terdapat pelbagai kemudahan disediakan kepada pengunjung.

Sedikit sebanyak info berkaitan Taman Wetland:-

Taman Wetland menempatkan Pusat Penghayatan Alam, Menara Pandang Jauh, tempat perkelahan, tapak semaian Wetland, tempat letak kereta dan kawasan hijau serta kemudahan  awam yang lain. Terdapat 2 denai alam didalam kawasan taman yang dilengkapi dengan papan tanda di lokasi-lokasi strategik.  

Kemudahan-kemudahan yang disediakan di Pusat Penghayatan Alam adalah :  


  • i- ruang tamu juga menempatkan kaunter pertanyaan

  • ii- ruang pameran

  • iii- anjung pemerhati

  • iv- bilik pandang dengar

  • v- dokumentari video

  • vi- kedai cenderamata

  • vii- pameran kraftangan wetland

  • viii- kafe wetland

    Gambar 1: Kemudahan taman rekreasi air di Taman Wetland

 Taman Wetland ini juga menyediakan lokasi memancing dengan bayaran RM20 untuk sehari dari jam 8 pagi ke 7 petang setiap hari. Pelbagai spesis ikan air tawar boleh didapati disini termasuklah lampam, baung, toman, sebarau dan macam-macam lagi.

Gambar 2: Aksi pemancing di Taman Wetland


Memancing disini boleh dikategorikan sebagai santai dan menghiburkan kerana persekitaran yang bersih dan terjaga, bagi yang berkeluarga, amat sesuai untuk bersantai memancing disini sambil berkelah bersama keluarga dimana surau, kafe dan tandas disediakan bagi kemudahan pengunjung.

Sekian saja untuk kali ini, kalau ada lokasi menarik lagi aku akan update disini......

Lokasi <b>Memancing di</b> Taman Wetland <b>Putrajaya</b> : Ikan yang terdapat <b>...</b>

Posted: 29 May 2011 11:00 AM PDT

Salam...

Pada minggu yang lalu, aku ada senaraikan lokasi memancing di Taman Wetland Putrajaya, dan kali ini aku akan senaraikan pula ikan-ikan yang pernah ditangkap dan melekat di mata kail si pengail.

Gambar 1: Si Pengail bersama hasil tangkapan mereka
Terdapat juga pelbagai spesis menarik yang terdapat disana menanti sipengail. Walaupun umpan hanya dikhususkan hanya umpan tiruan dan dedak, tapi mereka masih lagi berjaya menaikkan ikan-ikan ini. Senarai ikan yang terdapat di Taman tersebut termasuklah didalam gambar dibawah.
Gambar 2: Senarai ikan yang terdapat di Taman Wetland Putrajaya.

Selamat memancing.....

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 comments