Ibnu Hasyim: Dia Memancing Di Tasik Beku - Pancing ... - Memancing di Putrajaya
Ibnu Hasyim: Dia <b><b>Memancing Di</b></b> Tasik Beku - Pancing <b>...</b> - Memancing di Putrajaya |
Ibnu Hasyim: Dia <b><b>Memancing Di</b></b> Tasik Beku - Pancing <b>...</b> Posted: 25 May 2014 12:00 AM PDT Checklist Barang Untuk Pertandingan: Pancing 3 Batang - Siap! Pancang "Y" - Siap! Tikar / Kerusi - Siap! Tangguk - Siap! Beg Pancing (Mata kail / Perambut / Ladung) - Siap! Umpan Dedak 286 - Siap! Minyak Cacing - Siap! Resit Rasmi Pertandingan - Siap!
Apabila semua barang-barang telah siap barulah kami P2U Angler boleh berehat dan tidur untuk menghadapi pertandingan memancing esok di Putrajaya. Hasil "Google" dan carian di internet berkenaan teknik dan umpan yang sesuai digunakan di Tasik Putrajaya telah habis kami mentelaah sejak seminggu yang lalu. Pelbagai sumber dan info telah kami dapatkan dan berharap agar di hari pertandingan berjalan dengan lancar. Namun bak kata pepatah "Lain Padang, Lain Belalang" perlu diambil ikhtibar, maksudnya kami harus menjalani praktikal dan ujian baru kita akan tahu kelebihan dan kelemahan sesuatu padang pancing tersebut.
Seawal jam 4:30 pagi lagi Admin telah bangun dan bersiap sedia untuk ke Sirkit Pancing Putrajaya 2/2014. Bertolak dari Sentul dengan menaiki R3 dan ditemani adik kemudian singgah sebentar di MCD, Sg Besi untuk bersarapan dan ketika itu keadaan cuaca masih gelap dan sejuk. Terasa sangat segar dan santai ketika memandu di jalan raya memandangkan tiada tekanan kesesakan jalan di hari cuti. Setelah selesai bersarapan, kami meneruskan perjalanan ke Putrajaya dan tiba pada pukul 7:00 pagi.
Pengunjung dan peserta telah ramai berada di Putrajaya seawal jam 7:00 pagi, kenderaan telah penuh dan memakir di bahagian jalan memanjang dari kompleks mahkamah hingga ke hujung jambatan Gemilang, Persint 4. Nasib Admin memang baik ekoran ada kereta yang ingin beredar betul-betul di hadapan kaunter pendaftaran. Kemudian Admin terus ke dalam kaunter untuk mendaftar. Mana P2U Angler yang lain?, masing-masing belum sampai.
Kemudian seorang demi seorang P2U Angler tiba di lokasi bermula dengan Ringo, Wak Lizam dan Hairul. Si Lebai lewat pula ekoran tertinggal resit rasmi pertandingan di pejabat, aduhai orang tua ini. Kami terpaksa masuk dahulu untuk mencari spot yang menarik memandangkan sudah pukul 8:00 pagi dan pertandingan sebenarnya telah bermula.
Jauh juga perjalanan kami sehingga hampir 1 kilometer berjalan kaki untuk mencari "Spot" yang menarik untuk melabuhkan joran namun kesemuanya hampa dipenuhi kaki pancing yang datang awal. Ada diantara mereka yang telah berkhemah sehari awal sebelum hari pertandingan kerana pihak penganjur membenarkan peserta memasang khemah selepas 5:00 petang 24.05.2014 dan pertandingan pada keesokkan harinya 25.05.2014.
Serius dan tidak bohong, kalau anda masuk pertandingan jangan sesekali lewat kerana jika terlewat maka tempat yang terbaik pasti akan dipenuhi, samalah dengan nasib kami yang lewat ini. Bukan main susah hendak mendapatkan tempat sehingga kami dihalau oleh seorang "Brader" yang merasakan dirinya "Otai". Pada pandangan kami tidak wajarlah suka-suka hendak halau orang, cukup sekadar cakap dengan baik. "Awak Bukan Anak Najib Pun..."
Berkat dihalau oleh "Brader Poyo" tadi akhirnya kami telah berjaya mendapatkan "Spot" yang lebih baik dibawah pokok-pokok yang rimbun dan redup. Admin pun mula membentang tikar yang baru dibeli di kedai pancing semalam, dan kami membuat persediaan membancuh umpan dan "Setting" joran kami. Harap-harap menjadilah umpan ini, kemudian kami memacakkan pancang di tepi tiang besi sebelum melabuhkan umpan dedak dan sawit peram yang di gumpal-gumpal menjadi bulat. Balingan pertama dilakukan dengan lafaz Bismillah...
Kami ada memeriksa khemah pengadil dan disana disediakan 2 buah tangki untuk menyimpan ikan-ikan yang berjaya dinaikkan peserta, terdapat beberapa spesies yang telah berjaya dibawa naik seperti Temoleh, Tenggalan, Toman, dan Baung. Kesemua saiz dan berat beranggaran bawah 2 kilo, nampaknya tasik ini tiada spesimen yang bersaiz gadang. Dari pagi membawa ke tengah hari namun P2U Angler masih belum menerima sebarang sambaran.
Jam Menunjukkan tepat pukul 12:30 tengah hari, akhirnya wisel penamat ditiupkan dan kami gagal membawa naik sebarang hasil untuk dipersembahkan kepada pengadil, umpan power yang dicipta tidak mendapat sambutan oleh penghuni dasaran disana. Apa yang kami pelajari kali ini adalah mungkin spesies liar lebih gemar umpan semulajadi seperti cacing, katak, anak ikan keli dan tidak biasa dengan umpan dedak yang dicampur bahan-bahan pewarna. Apa pun kami tetap gembira kerana dapat bersama-sama sebagai satu pasukan berhimpun dan menyertai pertandingan ini dan yang pasti pertandingan. In Sha Allah, Sirkit 3 akan kami cuba!. Sekian terima kasih diucapkan kepada pembaca blog Pancing2u kerana sudi meluangkan masa membaca cerita kami. -Assalamualaikum wbt |
You are subscribed to email updates from memancing di putrajaya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
0 comments