Sirkit <b>Pancing <b>Putrajaya</b></b> 1/2014 | P.C.L - <b><b>Memancing di</b> <b>...</b> - Memancing di Putrajaya

Blog Admin | 3:16 PM | 0 comments

Sirkit <b>Pancing <b>Putrajaya</b></b> 1/2014 | P.C.L - <b><b>Memancing di</b> <b>...</b> - Memancing di Putrajaya


Sirkit <b>Pancing <b>Putrajaya</b></b> 1/2014 | P.C.L - <b><b>Memancing di</b> <b>...</b>

Posted: 11 Jun 2014 12:00 AM PDT

Checklist Barang Untuk Pertandingan:

Pancing 3 Batang - Siap!

Pancang "Y" - Siap!

Tikar / Kerusi - Siap!

Tangguk - Siap!

Beg Pancing (Mata kail / Perambut / Ladung) - Siap!

Umpan Dedak 286 - Siap!

Minyak Cacing - Siap!

Resit Rasmi Pertandingan - Siap!

Admin Yang Telah Bersiap Sedia...
Ringgo Kirim Gambar Persiapan Beliau...
Lebai Kirim Gambar "Umpan Sawit Peram" Beliau...

Apabila semua barang-barang telah siap barulah kami P2U Angler boleh berehat dan tidur untuk menghadapi pertandingan memancing esok di Putrajaya. Hasil "Google" dan carian di internet berkenaan teknik dan umpan yang sesuai digunakan di Tasik Putrajaya telah habis kami mentelaah sejak seminggu yang lalu. Pelbagai sumber dan info telah kami dapatkan dan berharap agar di hari pertandingan berjalan dengan lancar. Namun bak kata pepatah "Lain Padang, Lain Belalang" perlu diambil ikhtibar, maksudnya kami harus menjalani praktikal dan ujian baru kita akan tahu kelebihan dan kelemahan sesuatu padang pancing tersebut.

Layan "Big Breakfast MCD" Pun Sedap!...

Seawal jam 4:30 pagi lagi Admin telah bangun dan bersiap sedia untuk ke Sirkit Pancing Putrajaya 2/2014. Bertolak dari Sentul dengan menaiki R3 dan ditemani adik kemudian singgah sebentar di MCD, Sg Besi untuk bersarapan dan ketika itu keadaan cuaca masih gelap dan sejuk. Terasa sangat segar dan santai ketika memandu di jalan raya memandangkan tiada tekanan kesesakan jalan di hari cuti. Setelah selesai bersarapan, kami meneruskan perjalanan ke Putrajaya dan tiba pada pukul 7:00 pagi. 

Kaunter Pendaftaran Sirkit Pancing Putrajaya 2/2014...
Alhamdulilah, tiba giliran Admin Mendaftar - Yay! Dapat Baju T-Shirt...

Pengunjung dan peserta telah ramai berada di Putrajaya seawal jam 7:00 pagi, kenderaan telah penuh dan memakir di bahagian jalan memanjang dari kompleks mahkamah hingga ke hujung jambatan Gemilang, Persint 4. Nasib Admin memang baik ekoran ada kereta yang ingin beredar betul-betul di hadapan kaunter pendaftaran. Kemudian Admin terus ke dalam kaunter untuk mendaftar. Mana P2U Angler yang lain?, masing-masing belum sampai.

Admin Dan Ringgo Di Poster Sirkit...
Dari Kiri - Admin, Ringgo, Hairul dan Wak Lizam Yang Baru Join!...

Kemudian seorang demi seorang P2U Angler tiba di lokasi bermula dengan Ringo, Wak Lizam dan Hairul. Si Lebai lewat pula ekoran tertinggal resit rasmi pertandingan di pejabat, aduhai orang tua ini. Kami terpaksa masuk dahulu untuk mencari spot yang menarik memandangkan sudah pukul 8:00 pagi dan pertandingan sebenarnya telah bermula.

Mencari Spot-Spot Yang Masih Kosong Namun Hampa Sebab Semua Penuh!...

Jauh juga perjalanan kami sehingga hampir 1 kilometer berjalan kaki untuk mencari "Spot" yang menarik untuk melabuhkan joran namun kesemuanya hampa dipenuhi kaki pancing yang datang awal. Ada diantara mereka yang telah berkhemah sehari awal sebelum hari pertandingan kerana pihak penganjur membenarkan peserta memasang khemah selepas 5:00 petang 24.05.2014 dan pertandingan pada keesokkan harinya 25.05.2014.

Penuh Batang Pancing...
Akhrinya Setelah Berjalan Sejauh 2 Kilometer Baru Jumpa "PORT"

Serius dan tidak bohong, kalau anda masuk pertandingan jangan sesekali lewat kerana jika terlewat maka tempat yang terbaik pasti akan dipenuhi, samalah dengan nasib kami yang lewat ini. Bukan main susah hendak mendapatkan tempat sehingga kami dihalau oleh seorang "Brader" yang merasakan dirinya "Otai". Pada pandangan kami tidak wajarlah suka-suka hendak halau orang, cukup sekadar cakap dengan baik. "Awak Bukan Anak Najib Pun..."

 
Khemah Dibawah Pokok Redup...

Berkat dihalau oleh "Brader Poyo" tadi akhirnya kami telah berjaya mendapatkan "Spot" yang lebih baik dibawah pokok-pokok yang rimbun dan redup. Admin pun mula membentang tikar yang baru dibeli di kedai pancing semalam, dan kami membuat persediaan membancuh umpan dan "Setting" joran kami. Harap-harap menjadilah umpan ini, kemudian kami memacakkan pancang di tepi tiang besi sebelum melabuhkan umpan dedak dan sawit peram yang di gumpal-gumpal menjadi bulat. Balingan pertama dilakukan dengan lafaz Bismillah...


Bersusun Batang Pancing Kami...
Joran Kami Pendek, Baling Pun Sampai Tepi Sahaja...
Tu Dia Otai Baru Sampai...
Kedengaran dari jauh orang bersorak-sorak dan apabila memandang ke sisi terlihat seorang peserta sedang bergasak dengan joran "Surf Casting" beliau, pada fikiran kami nampaknya hanya joran 16-20 kaki yang berupaya mendapatkan ikan memandangkan mereka mampu baling hingga ke tengah. Harapanlah, jika masuk pertandingan dengan hanya menggunakan joran pendek. Namun kami akan tetap bersabar dan menunggu andai ada makhluk dasaran yang terjerat. Arus yang kuat menyebabkan semua tali pancing akan bersilang antara satu sama lain. Jika seorang menggulung tali untuk memeriksa umpan, joran disebelah pasti akan terbelit.
Layan Nasi Lemak Pun Sedap!...

Kami ada memeriksa khemah pengadil dan disana disediakan 2 buah tangki untuk menyimpan ikan-ikan yang berjaya dinaikkan peserta, terdapat beberapa spesies yang telah berjaya dibawa naik seperti Temoleh, Tenggalan, Toman, dan Baung. Kesemua saiz dan berat beranggaran bawah 2 kilo, nampaknya tasik ini tiada spesimen yang bersaiz gadang. Dari pagi membawa ke tengah hari namun P2U Angler masih belum menerima sebarang sambaran.

Sepi...

Jam Menunjukkan tepat pukul 12:30 tengah hari, akhirnya wisel penamat ditiupkan dan kami gagal membawa naik sebarang hasil untuk dipersembahkan kepada pengadil, umpan power yang dicipta tidak mendapat sambutan oleh penghuni dasaran disana. Apa yang kami pelajari kali ini adalah mungkin spesies liar lebih gemar umpan semulajadi seperti cacing, katak, anak ikan keli dan tidak biasa dengan umpan dedak yang dicampur bahan-bahan pewarna. Apa pun kami tetap gembira kerana dapat bersama-sama sebagai satu pasukan berhimpun dan menyertai pertandingan ini dan yang pasti pertandingan. In Sha Allah, Sirkit 3 akan kami cuba!. Sekian terima kasih diucapkan kepada pembaca blog Pancing2u kerana sudi meluangkan masa membaca cerita kami.

-Assalamualaikum wbt

Apa yang <b><b>Putrajaya</b></b> Perlukan? - HasrulHassan - Pancing <b>...</b>

Posted: 06 Jan 2014 12:00 AM PST

Blog Admin | 3:11 PM | 0 comments


Apa yang <b>Putrajaya</b> Perlukan? - HasrulHassan

Posted: 06 Jan 2014 01:56 AM PST

Selesai isu Hard Rock Cafe yang sebelum ini didakwa akan diwujudkan di Putrajaya. Alhamdulillah. Tak adalah tempat anak muda remaja berlepakan dengan terdedah pada bahaya hiburan tanpa batasan serta pergaulan bebas serta arak. Terima kasih kepada mereka yang meluahkan pendapat dan berkongsi, mereka dengar dan mereka setuju untuk tiada Hard Rock Cafe.

Ok. Persoalan sekarang, apakah yang sebenar yang diperlukan oleh Putrajaya. Yelah, memandangkan lokasi bangunan tu ada tempat kosong kan .. jadi eloklah disewakan atau disediakan kemudahan yang lebih bermanfaat bagi penduduk Putrajaya.

Mari lihat apa yang tiada di Putrajaya.


Workshop kereta? Kata adik ipar saya, di Presint 15 ada banyak pusat servis, ada Proton, Perodua, Toyota.

Perpustakaan? Ben Ashaari dalam entrinya ini - Pusat Ilmiah Putrajaya Satu Impian menyatakan hasrat akan perlunya sebuah perpustakaan yang serba lengkap dan moden serta aktif. Saya dah baca entri tersebut dan buatkan saya kagum dengan apa yang ada di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam. Mungkin Putrajaya perlukan tempat ilmiah seperti ini untuk muda mudi, remaja malah warga Putrajaya yang lain.

Kredit: Ben Ashaari

Tempat sukan dan riadah? Hmm banyak dah rasanya. Sampai ada yang tidak berjaya dan digunakan sepenuhnya. Taman awam pun banyak di Putrajaya.

Zoo? Hmm patut ada ke di kawasan Putrajaya? Zoo mungkin tak sesuai kot. Tak tahulah pada anda.

Muzium? Yang ini saya tak pasti ada ke tak di Putrajaya. Tapi istana ada. Mungkin satu hari nanti apabila nak bina istana baru, yang ada sekarang akan jadi Muzium pula. Keperluan muzium sebenarnya ada kalau kita tengok bahawa Malaysia sebenarnya banyak warisan dan khazanah yang perlu diketahui oleh orang kebanyakan. Mungkin sebuah Muzium Islam atau Muzium Sejarah Kerajaan Melayu.

Tempat memancing yang percuma untuk kaki pancing. Hehehehe..jangan marah ya. Banyak kes warga Putrajaya kena tangkap dan denda sebab memancing di tasik-tasik terlarang. Kalau yang ada, kena bayar ... jadi kaki pancing mungkin perlukan tempat seperti ini. Dan lagi, boleh jadi kawasan untuk keluarga bersantai dan berpiknik di hujung minggu sambil si bapa tongkat dagu tunggu ikan makan umpan.

  • Tempat memancing di Putrajaya yang boleh anda cuba - Klik (dipromosikan oleh seorang pemancing wanita terkenal di Malaysia yang juga seorang blogger)

Tempat memancing di Putrajaya - hasrulhassan.com


Tempat shopping? Rasanya apa yang ada sudah cukup. Banyak sangat kang .. pembaziran boleh berlaku tanpa sedar .. hehehe.... jangan marah ye kaum Hawa.

Tempat makan di Putrajaya pun saya nampak ada berlambak. Saya datang ke Putrajaya, pasti akan berlainan tempat makan, cuma yang jadi bezanya ialah harga. Kalau ada tempat makan yang murah-murah macam gerai-gerai setempat pun ok.

  • Saya dan famili suka makan kat sini (klik) kalau lepak di Presint 19
Apa lagi? Anda berikan cadangan dalam komen. Entri ini akan saya panjangkan ke facebook Perbadanan Putrajaya. Mana tahu mereka nak baca, boleh nampak cadangan yang ada.

Putrajaya Perlu Jadi Bandaraya Manfaat Warganya

Secara kesimpulannya, Putrajaya perlu menjadi sebuah bandar yang memberikan manfaat khusus kepada warganya dan rakyat Malaysia amnya. Ia mesti tampil sebagai ikon sebuah bandar pentadbiran sebuah negara Islam, perlu menjadi sebuah bandaraya ekonomi yang tidak menekan, menjadikan ilmu dan Islam dalam teras pembangunan.

Belajar kan sejarah dunia? Lihat nama-nama tamadun hebat dan bagaimana ianya diingati dalam lipatan sejarah. Jika kita belajar, maka kita akan tahu.

p.s: Saya suka sejarah dan geografi ... walaupun tak pernah score, tapi buku sejarah antara buku suka baca. Peta ... selalu dapat menerusi National Geographic. ...

Hasrul Hassan

Hasrul Hassan

Blogger sepenuh masa menulis mengenai dunia blog, informasi berfakta dan tempat menarik #VMY2014 di Malaysia. Percaya untuk menjadi manusia perlu menjadi manusia yang sebaik-baiknya.
Google | Twitter | Facebook | Instagram | Email

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

Pancing Mania Blog::
Kami menyediakan berita terbaru dan live mengenai aktiviti - aktiviti Memancing dan tip memancing Malaysia dan negeri - negeri di Malaysia dengan percuma. Tinggalkan komen anda di kotak komen untuk Support Blog ini!

0 comments